Thursday 6 December 2012

Nota ringkas Perdagangan bab 3 tingkatan 4




 Perniagaan dalam negeri- iaitu aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan yang berlaku dalam lingkungan sesebuah negara.Ia terbahagi kepada dua iaitu perniagaan borongdan perniagaan runcit.Perniagaan borong adalah aktiviti membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan menjual secara kecil-kecilan kepada peniaga runcit.Perniagaan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu perniagaan runcit kecil-kecilan membeli barang daripada pemborong dalam kuantiti yang kecil.Manakala perniagaan runcit besar-besaran membeli terus daripada pengeluar dalam bentuk pukal.  Saluran Agihan- satu proses pengedaran barangan daripada pengeluar kepada pengguna pada masa, tempat, kuantiti dan harga yang bersesuaian.Terdapat enam jenis saluran agihan iaitu:

  • Pemborong membeli secara pukal daripada pengeluar dan memecah pukal kepada kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada peruncit.

  • Pengeluar melantik ejen untuk mengedarkan barang kepada peruncit dan seterusnya kepada pengguna.Contoh barang yang sesuai menggunakkan saluran agihan ini ialah barang yang memerlukan penerangan dan promosi.

  • Pengeluar melantik beberapa orang pemborong untuk memasarkan keluarannya kepada pengguna.Jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang separa siap.

  • Pengeluar menjual barang terus kepada peruncit tanpa melalui pemborong.Saluran agihan ini juga digunakan oleh pengeluar yang mendirikan kedai runcitnya sendiri.Jenis barang yang sesuai diagihkan ialah barang yang memerlukan khidmat nasihat atau perkhidmatan langsung.

  • pengeluar melantik ejen sebagai  wakil untuk memasarkan keluaran kepada  pengguna.Ejen akan mengambil bekalan mereka  daripada  pengeluar dan memperoleh komisen hasil daripada jualan.Jenis saluran ini digunakan untuk perniagaan jualan langsung seperti Avon dan Cosway.

  • Saluran ini melibatkan penyaluran barang secara terus daripada pengeluar kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah.Jenis barang yang sesuai diagihkan ialah keluaran tempatan yang dijual,barang yang ditempah,perkhidmatan terus dan barang-barang yang dijual menggunakan mesin automatik.
  Faktor pemilihan saluran agihan- Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pemilihan saluran agihan iaitu:
  • Jenis barang
  • Sasaran pasaran barang
  • Liputan pasaran barang
  • Keupayaan pengeluar
  • Kos pengangkutan



   Perniagaan runcit- merupakan salah satu cabang daripada perniagaan dalam negeri.Perniagaan ini menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna.Fungsi peruncit dalam saluran agihan:
  • Menjual beraneka jenis barang 
  • Memecahkan pukal.
  • Memberi nasihat dan maklumat.
  • Lokasi kedai berhampiran dengan pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan selepas jualan.
  • memberi kemudahan kredit kepada pelanggan.
  • Mengagihkan barang-barang bagi pihak pengeluar atau pemborong.
  • Mengurus stok.
   Jenis-jenis perniagaan runcit:
  • Peruncit kecil-kecilan-terdiri daripada dua jenis iaitu peruncit tanpa kedai danperuncit berkedai.
  • Perucit berkedai- Peniga bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kerana mereka tidak mempunyai premis yang tetap untuk berniaga.Perniagaan ini berbentuk tunggal dan hanya memerlukan modal yang kecil.Ianya terdiri daripada penjaja dan pegerai.
  • Perucit berkedai-mempunyai premis sendiri dan tetap dan mesti mendaftarkan perniagaan dengan pendaftar bagi mendapatkan lesen dari pihak berkuasa tempatan.Biasanya ia didirikan di kampung atau bandar dan ia ditubuhkan dalam bentuk milikan tunggal atau perkongsian.Terdapat dua jenis peruncit berkedai iaitu kedai am (serba ada) dan kedai khusus.
   Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan:
  • Modal yang kecil
  • Pemilikan
  • Mudah dibentuk
  • Mudah diurus
  • Layanan peribadi
  • Perkhidmatan selepas jualan
  • Mempunyai pelbagai jenis barang
  • Kos overhead yang rendah
  Kelebihan dan kekurangan perniagaan runcit kecil-kecilan



  Perniagaan runcit besar-besaran
 
Ciri-ciri perniagaan runcit besar- besaran:
  • Memerlukan modal yang besar
  • Dijalankan secara perkongsian atau syarikat berhad
  • Mampu membeli barang secara pukal  terus daripada pengeluar dengan mendapat diskaun niaga yang besar
  • Mengamalkan pembahagian dan pengkhususan kerja dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan.Menggunakan komputer untuk menikmati tahap kecekapan yang tinggi.
  • Mengamalkan sistem layan diri dalam perniagaan.
  • Jualan tunai atau boleh juga menggunakan kad kredit.
  • Terdapat kemudahan yang selesa untuk pelanggan seperti alat hawa dingin,lif, troli dan lain-lain lagi.
  Jenis perniagaan runcit besar-besaran
  • Pasar Raya- merupakan peruncit besar-besaran yang menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung.Ciri-cirinya ialah bentuk organisasi,modal,kawalan dan pengurusan,barang jualan,polisi harga,susun atur barang dalam kedai,susun atur barang dalam kedai,kaedah jualan,bekalan stok,kemudahan untuk pelanggan dan lokasi perniagaan.Kelebihan dan kekurangan pasar raya adalah:




  • Gedung aneka jabatan- merupakan sebuah kedai runcit besar yang mempunyai beberapa jabatan dan diletakkan dalam sebuah bangunan di bawah pentadbiran yang sama.Ciri-cirinya ialah bentuk organisasi,modal,kawalan dan pengurusan,barang jualan,polisi harga,susun atur barang dalam kedai,kaedah jualan,bekalan stok,kemudahan stok,kemudahan untuk pelanggan dan lokasi perniagaan.Kelebihan dan kekurangan gedung aneka jabatan adalah:



  • Pasar raya besar- merupakan perniagaan runcit yang diletakkan dalam bangunan setingkat yang menjual beraneka jenis barang.Ciri-ciri pasar raya besar ialah bentuk organisasi,modal,kawalan  dan pengurusan,barang jualan,polisi harga,susun atur barang dalam kedai,kaedah jualan,bekalan stok,kemudahan untuk pelanggan dan lokasi perniagaan.
  • Kelebihannya dan kekurangan adalah:





  • Kedai sejaras- merupakan kedai runcit besar-besaran yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan di merata tempat diMalaysia.Kesemua cawangan mempunyai nama,identiti kedai serta harga yang seragam.Ciri-ciri kedai sejaras ialah bentuk organisasi,modal,kawalan dan pengurusan,barang jualan,polisi harga susunatur barang dalam kedai,kaedah jualan dan bekalan stok,kemudahan untuk pelanggan dan lokasi perniagaan.Kelebihan dan kekurangan kedai sejaras adalah: 


  • Koperasi runcit- sebuah organisasi perniagaan yang dibentuk oleh sekumpulan pengguna secara sukarela bagi membantu ahli-ahlinya membeli pelbagai jenis barang pada harga yang berpatutan tanpa orang tengah.Ciri-ciri koperasi runcit adalah bentuk organisasi,keahlian,kawalan dan pengurusan,polisi harga,jualan,bekalan stok dan bayaran dividen langganan dan dividen atau modal.Antara kelebihan dan kekurangan koperasi runcit adalah:



  • Mesin peruncitan automatik- mesin ini menjual barang terus kepada pengguna.Ia dimuatkan dengan barang-barang tertentu dan mempunyai lubang khas untuk memasukkan syiling atau wang kertas.Pengguna hanya perlu memasukkan nilai tertentu dan menekan butang pilihan barang.






  • Pesanan mel- kaedah membeli dan menjual barang melalui pos atau kurier.Perniagaan ini boleh dijalankan melalui tiga cara iaitu melalui pengiklanan, kiriman terus dan pelantikan ejen.Melalui pesanan ini juga ada tiga kaedah pembayaran pesanan mel iaitu bayar Waktu Terima(B.W.T) atau Cash On Delivery,Tunai Waktu Pesanan (T.W.P) dan Bayaran Ansuran atau Installment Payment.Kelebihan dan kekurangan pesanan mel


  • Francais- satu bentuk perniagaan yang pemilik perniagaannya mendapat hak atau kebenaran untuk menjual barang - barang syarikat induk yang sudah terkenal.Firma induk yang memberi kebenaran dinamakan francaisor dan peniaga yang menjalankan perniagaan francais dinamakan francaisi.Kedua-dua pihak mesti mematuhi perjanjian yang telah dibuat.Perjanjian tersebut adalah francaisi dibenarkan menggunakan jenama,logo dan menghiaskan premis mengikut bentuk yang sama,Francaisor akan memberi latihan dan bimbingan tentang pengurusan perniagaan kepada francaisi,Kos pengiklanan ditanggung oleh francaisor dan pelbagai alatan diperlukan.Francaisi dikehendaki membayar royalti kepada francaisor mengikut jumlah yang telah dipersetujui.
  • Jualan langsung- jualan terus kepada pengguna melalui ejen/jurujual.Jurujual dibayar komisen atau jualan.Kelebihan dan kekurangan jualan langsung adalah:
 




  • E-dagang- perdagangan elektronik yang menggunakan talian internet dengan rangkaian komputer sebagai pengantara dalam urusnuiaga.Ia merujuk kepada urusniaga yang berasaskan pemprosesan dan penghantaran data,bunyi,teks dan imej secara elektronik.E-dagang membolehkan perniagaan berlaku tanpa sempadan.



  • Televisyen interaktif (TVi)- juga dikenali sebagai "Televisyen dua hala" iaitu televisyen yang disambungkan dengan talian internet.Cara televisyen interaktif beroperasi ditunjukkan seperti rajah dibawah:


  • . Kedai katalog- perniagaan yang menggunakan katalog untuk mempromosikan keluarannya.Katalog ini sama ada dalam bentuk bercetak atau katalog elektronik (e-katalog) atau kedua-duanya.Sasaran pelanggan ialah mereka yang bergaji tetap dan stabil di sektor kerajaan ataupun swasta.Kelebihan dan kekurangan  kedai katalog ialah:



  Perniagaan borong- bertindak sebagai orang tengah antara pengeluar dengan peruncit atau pengguna akhir dalam rangkaian  saluran agihan.Pembrong membeli barang secara borong atau pukal dan menjual secara sedikit kepada peruncit atau pengguna akhir dengan matlamat keuntungan.Fungsi pemborong dalam agihan adalah:
  • Membeli secara pukal dan memecah pukal
  • Menyediakan kemudahan pengangkutan 
  • Menyediakan kemudahan pergudangan 
  • Membayar dengan cepat
  • Menyampaikan maklumat pasaran
  • Meluaskan pasaran
Manakala fungsi pemborong kepada peruncit adalah:
  • Membekalkan pelbagai jenis barang 
  • memberi kemudahan kredit
  • Menyediakan kemudahan pergudangan 
  • menyediakan kemudahan pengangkutan
  • memberi maklumat
  • menyediakan barang-barang dalam bentuk yang mudah dijual
Fungsi pemborong kepada pengguna adalah:
  • Menstabilkan harga barang
  • membekalkan barang sepanjang masa
  • menyediakan pelbagai jenis barang
  • Menyampaikan maklumat
  • Menyediakan barang dalam kuantiti yang diperlukan
Jenis pemborong-pemborong terdiri daripada pemborong saudagar dan ejen.Pemborong saudagar memiliki dagangan yang dijualnya.



   Pemborong saudagar- beli daripada pelbagai pengeluar dan jual kepada peruncit.
a) Pemborong berfungsi penuh: berfungsi penuh menjalankan semua tugas pemborong seperti membeli secara pukal, memecah pukal, menyediakan kemudahan kredit, pengangkutan dan gudang serta memberi khidmat nasihat.
antara pemborong berfungsi penuh adalah:

  • Pemborong am membeli barang daripada ramai pengeluar dan menjual pelbagai barang yang mungkin tiada kaitan antara satu sama lain.
  • Pemborong khusus- membeli dan menjual hanya sejenis barang tertentu sahaja.
  • Pemborong satu barisan - membeli dan menjual beberapa barang yang berkaitan antara satu sama lain.
b)  Pemborong berfungsi terhad: hanya menjalankan fungsi terhad sahaja kerana mengurangkan kos pengendalian. Ia terbahagi kepada lima jenis iaitu:
  • Pemborong bayar dan bawa
  • Pemborong pesanan berwakil (drop shipper)
  • Pemborong jober para. (rack jobber)
  • Pemborong pesanan mel.
  • Pemborong perkhidmatan pengangkutan

  Ejen- merupakan orang tengah yang dilantik oleh pengeluar yang disebut juga sebagai prinsipal.Ejen diberi kuasa untuk menjalankan tugas tertentu atas nama pengeluar.Terdapat tiga jenis pemborong ejen iaitu ejen pengeluar, ejen penjual dan broker.
a) Ejen pengeluar: dilantik oleh beberapa pengeluar untuk memasarkan keluarannya.Tidak boleh mengadakan program pemasarannya.
b) ejen penjual berkhidmat membantu memasarkan barang keluaran daripada pengeluar kecil-kecilan.Menerima komisyen berdasarkan perkhidmatannya.
c) Broker : Fungsi atas broker adalah sebagai orang tengah yang mempertemukan penjual dengan pembeli.Tidak ada hak pemilikan terhadap barang yang diniagakan dan tidak boleh membeli atau menjual barang atas namanya sendiri.

Pengambilalihan fungsi pemborong ialah:

  1. Wujudnya perniagaan runcit besar-besaran
  2. Pengeluar membuka kedai runcit sendiri
  3. Timbulnya arah aliran moden dalam perniagaan runcit
  4. Penubuhan koperasi oleh pengeluar dan pengguna
  5. Barang yang dibuat secara khusus mengikut arahan dan tempahan khas pengguna
  6. Penubuhan agensi pemasaran oleh kerajaan

   Dokumen perniagaan dalam negeri


  • Peringkat  sebelum urusniaga: sebelum membeli barang pembeli akan membuat pilihan berdasarkan maklumat seperti jenama harga, kualiti dan syarat perniagaan yang lain.Bagi tujuan ini dokumen yang digunakan ialah surat tanya, surat jawapan, sebut harga, senarai harga, katalog.
  • Peringkat semasa urusniaga: setelah meneliti senarai harga,katalog atau sebut harga pembeli akan membuat pilihan barang yang akan dibeli dan seterusnya membuat pesanan untuk mendapatkan barang tersebut.Pada peringkat ini dokumen yang digunakan ialah borang pesanan, nota makluman, nota serahan dan nota kiriman, invois profarma,invois, nota kredit dan nota debit.
  • Peringkat selepas urusniaga: Penyata akaun dan resit.
  Syarat-syarat jualan- 


  • Syarat serahan-Dua aspek iaitu syarat masa serahan dan syarat bayaran angkutan.Kedua-dua syarat ini dinyatakan dalam sebut harga untuk memberitahu pembeli masa dan cara barang akan diserahkan:
  1. syarat masa serahan terbahagi kepada tiga iaitu serahan sedia,serahan segera dan serahan hadapan/serahan tertunda
  2. syarat bayaran angkutan terbahagi kepada lima iaitu F.O.R (Free on rail);P. ke D.G (Percuma ke dalam gerabak),     F.O.B (Free on Board);P. ke D.K. (Percuma ke atas kapal), C.I.F (Cost,Insurance,Freight); K.I.T(Kos,Insurans, dan tambang), Carr.Pd (Carriage Paid); Ang.Dibayar (Angkutan Dibayar), Carr.Fwd (Carriage forward);Ang.Had.(Angkutan   Hadapan)
  3. syarat pembayaran terdiri daripada syarat diskaun dan syarat bayaran.Syarat diskaun iaitu diskaun niaga dan       diskaun tunai manakala syarat bayaran ialah C.O.D(Cash on delivery); B.W.T(Bayar Waktu Terima), C.W.O (Cash with   order);T.W.P.(Tunai Waktu Pesanan),Tunai segera,penerimaan dalam tempoh tertentu dan dengan akaun yang disahkan atau diakui sahaja.
    
   
   Kaedah jualan- salah satu masalah yang timbul apabila ingin memasarkan sesuatu barang atau perkhidmatan ialah cara untuk menentukan kaedah jualan yang sesuai.Ini kerana harga dan ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan berbeza.Terdapat kaedah jualan yang wujud di pasaran ialah
  • Jualan tunai boleh ditakrifkan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan ialah cara untuk menentukan kaedah jualan yang wujud di pasaran.Kelebihan dan kekurangan jualan tunai kepada penjual:


           Kelebihan dan kekurangan kepada pembeli:

  • Jualan kredit boleh ditakrifkan sebagai beli sekarang bayar kemudian.Dalam kaedah ini pembeli akan membayar sejumlah wang yang dikenali sebagai wang pendahuluan atau deposit.Terdapat dua jenis jualan kredit iaitu:

    • Sewa beli-merupakan suatu bentuk perniagaan ansuran yang menjual barang-barang tahan lama dan mempunyai nilai jual semula yang baik.Pembayaran dibuat secara beransur-ansur.Diantara kelebihan dan kekurangan sewa beli kepada penjual adalah:


                    kelebihan dan kekurangan sewa beli kepada pembeli:


                  °  Bayaran tertunda ialah suatu bentuk perniagaan secara ansuran bagi barang-barang yang tidak tahan lama yang                mempunyai nilai jual semula yang rendah                
  • Jualan prabayar ialah bayar sekarang tetapi guna kemudian.Ini bermaksud pelanggan akan membayar terlebih dahulu harga barang atau perkhidmatan yang dikehendaki.
  • Jualan konsainan ialah barangan hanya akan dibayar jika barangan tersebut telah dijual kepada pengguna.Jika barangan tidak habis dijual barangan hendaklah dipulangkan kepada pembekalnya. 
  Faktor pemilihan kaedah jualan meliputi
  • Jenis barang
  • Modal peniaga
  • Persaingan
  • Saiz pasaran
  • Kewangan pembeli
  • Peraturan dan undang-undang

4 comments:

  1. THANKS 4 EVERYTHING.......HALALKAN SEGALANYA YE..!!!

    ReplyDelete
  2. Hello, saya Encik Stahl, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur di rumah pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini oleh-
    E-mel: stahlchristianloanfirm@gmail.com ...

    ReplyDelete
  3. intresting and i learn a lot on it .thanks very much.

    ReplyDelete
  4. Trimas ah-kak yg baik hati mudah2n diberkati dlm hidup dan dipermudah segala perkara yg dilkukn

    ReplyDelete