Thursday 6 December 2012

Nota ringkas Perdagangan bab 5 tingkatan 4




   Maksud Industri Kecil dan Sederhana (IKS)-melibatkan proses pembuatan,pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah.Ia diseliakan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang ditubuhkan pada tahun 1998 dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Ia ditakrifkan sebagai syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.   Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana:
  • Jenis keluaran
  • Organisasi
  • Modal
  • Lokasi
  • Pekerja
  • Teknologi pengeluaran
  Kegiatan Industri Kecil Dan Sederhana-Antara bidang yang diceburi ialah:
  • Industri berasaskan sumber
  • Industri berasaskan logam
  • Industri berasaskan plastik
  • Industri komponen automotif
  • Industri komponen elektrik dan elektronik
  • Industri pemprosesan makanan
  • Industri kimia dan farmaseutikal

  Kepentingan Industri Kecil dan Sederhana
  • Sumbangan kepada penduduk dan masyarakat
    • Peluang menceburi bidang perusahaan
    • Peluang menggunakan kebolehan daya cipta dan kreativiti individu
    • mewujudkan peluang pekerjaan
    • memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
  • Sumbangan kepada negara
    • Mengurangkan pengangguran
    • Tabungan dalam ekonomi
    • Pengagihan pendapatan negara
    • Latihan kepada pekerja dan pengusaha
    • mengukuhkan struktur asas industri negara
    • mengurangkan import barangan pengguna
   Kaitan Industri Kecil dan Sederhana dengan industri berat- industri berat terdiri daripada perusahaan mengeluarkan barang modal dan barang perantaraan untuk kegunaan industri lain.Terdapat tiga jalinan utama antara Industri Kecil dan Sederhana dengan industri berat iaitu:
  • Pemasaran bersepadu-melalui pemasaran bersepadu yang dikenali sebagai 'konsep payung',industri kecil dan sederhana membekalkan barang siap dan separa siap kepada syarikat besar.
  • Pengaturan kontrak khas- perjanjian antara sebuah syarikat kecil dengan sebuah syarikat besar untuk membekalkan keluaran IKS jika memenuhi kriteria yang ditetapkan
  • Subkontrak- perpindahan satu unit kecil pengeluaran daripada syarikat besar kepada syarikat industri kecil dan sederhana.Pendaftaran vendor melibatkan pendaftaran dengan unit vendor,Kementerian Pembangunan Usahawan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
   Masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhana adalah:
  • Masalah modal dan pembiayaan
  • produktiviti dan teknologi yang rendah
  • kekurangan bahan mentah
  • masalah pemasaran
  • masalah pengurusan
  • masalah lokasi
  • hubung jalin dengan industri berat
  Cara mengatasi masalah Industri Kecil dan Sederhana meliputi:
  • Program Rantaian Industri (ILP)
  • Program penyelidikan dan pembangunan
  • Program pembangunan infrastruktur
  • Program pembangunan dan peningkatan kemahiran
  • Program pembangunan pemasaran
  • Program bantuan kewangan

1 comment: