Thursday 6 December 2012

Nota ringkas Perdagangan bab 4 tingkatan 4





   Maksud perniagaan antarabangsa adalah aktiviti pembelian dan penjualan perkhidmatan dan barangan antara sebuah negara dengan negara lain.Diantara faktor wujudnya perniagaan antarabangsa adalah pengkhususan mengakibatkan sesuatu negar dapat mengeluarkan lebihan sesuatu barangan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran melebihi permintaan dan kegunaan dalam negeri
  Kepentingan permintaan antarabangsa kepada pengguna ,pengeluar dan negara
  • Kepentingan kepada pengguna-pengguna dapat menukmati pilihan yang lebih luas kerana perniagaan antarabangsa menyediakan pelbagai jenis barangan dari seluruh dunia ke dalam pasaran tempatan
  • Kepentingan kepada pengeluar-pengeluar dapat meluaskan pasaran barang-barang keluarannya.Pasaran yang luas ini akan menambahkan keuntungan pengeluar kerana kuantiti jualan yang meningkat.
  • Kepentingan kepada negara- negara-negara yang kekurangan bahan mentah dapat mengimport bahan mentah yang dikehendaki untuk menghasilkan keluaran barang serta dapat menjimatkan kos semasa mengimport kos semasa dengan mengimport sesuatu barang dari negara lain dengan kos lebih rendah.
  Persamaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa
  • Kedua-dua perniagaan berasakan pertukaran iaitu melibatkan penjual dan pembeli dan nilaipertukaran diukur dengan mata wang atau kuantiti barang.
  • Kedua-dua perniagaan bermatlamat untuk mencari keuntungan.
  • Kedua-dua perniagaan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia menerusi proses jual beli
  • kedua-dua peniagaan mengamalkan pengkhususan dalam proses pengeluaran.
  • Kedua-dua perniagaan memerlukan faktor-faktor pengeluaran.
  • kedua-dua perniagaan memerlukan bantuan perniagaan yang sama.
  Perniagaan Import, eksport dan entrepot bermaksud perniagaan import brlaku apabial negara kita membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain.Perniagaan eksport berlaku apabila negara kita menjual barang atau perkhidmatan kepada negara lain.Perniagaan entrepot pula melibatkan kedua-dua aktiviti mengimport dan mengeksport.Perniagaan eksport dan import boleh dikategorikan kepada nyata dan tidak nyata.Import nyata ialah membeli barang dalam bentuk fizikal manakala eksport nyata ialah menjual barang dalam bentuk fizikal.  Prosedur eksport dan import:
Prosedur eksport-

  • mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran
  • penerimaan inden dan melaksanakan arahan dalam inden
  • menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang
  • menghantar barang ke pelabuhan
  • menguruskan pelbagai prosedur kastam
  • menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan
  • memuatkan barang ke dalam kapal
  • menuntut bayaran daripada pengimport

Prosedur import-
  • mematuhi kehendak undang-undang
  • membuat pesanan secara lansung,pejabat cawangan,ejen import,saudagar import dan lain-lain
  • menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran
  • memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953
  • ketibaan barang import di pelabuhan dan membuat persiapan menerima barang
  • menuntut barang dan membiayai duti kastam
  • memeriksa barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan.
  Halangan dalam perniagaan antarabangsa-Antara halangan-halangan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga perniagaan antarabangsa adalah seperti berikut:
  • Masalah sukatan dan timbangan 
  • kesulitan mnetapkan masa serahan dengan tepat
  • risiko kecurian dan kerosakan yang tinggi
  • Penggunaan standard yang berbeza
  • sekatan import dan peraturan kastam
  • kesulitan mendapatkan maklumat
  • kos pengeluaran yang tidak memuaskan
  • kesulitan mencari pasaran dan ejen yang sesuai
  • perubahan keadaan politik di sesebuah negara
  Mengatasi halangan perniagaan antarabangsa-terdapat beberapa jalan penyelesaian yang digunakan bagi mengatasi halangan perniagaan antarabangsa antaranya:
  • mewujudkan kerjasama perniagaan
  • melaksanakan promosi
  • mendapatkan skim perlindungan insurans
  • mengeluarkan barang yang berkualiti
  • mendapatkan bantuan kerajaan seperti kemudahan pasaran,insentif percukaian, kemudahan asas di pelabuhan dan penyelidikan dan pembangunan

  Dokumen perniagaan antarabangsa-jenis dokumen perniagaan antarabangsa adalah

dokumen perniagaan:

  • inden (terbuka dan tertutup)
  • invois konsular
  • invois eksport
  • sijil asal usul
dokumen pengangkutan:
  • bil muatan (bill of lading)
  • bil udara (Airway bill)
  • Nota perkapalan (Shipping note)
dokumen insurans:
  • Polisi insurans-digunakan untuk mengelakkan daripada sebarang kerugian yang disebabkan kerosakan atau kehilangan barang
dokumen kastam :
 

borang perakuan kastam perlu diisi ialah:

  • borang kemasukan barang-barang percuma
  • borang kemasukan barang-barang bercukai
  Dokumen pembayaran:
  • surat cagaran
  • bil perintah bayar
  • kredit berdokumen

No comments:

Post a Comment