Monday 30 July 2012

Nota ringkas Perdagangan bab 2 tingkatan 4

 



   Perdagangan merupakan aktiviti pengagihan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir tepat pada masa, kuantiti, tempat dan harga yang bersuesuian.Perdagangan terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan.Pengeluaran dan perniagaan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa bantuan perniagaan seperti perbankan, komunikasi, insurans, pengangkutan , promosi dan pergudangan.   Perniagaan-aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan iaitu pada harga yang rendah dan jual semula pada harga yang tinggi.Perbezaan harga ini ialah keuntungan.Perniagaan terbahagi kepada dua:
  • Perniagaan dalam negeri: urusniaga yang dijalankan dalam sesebuah negara.Ianya terdiri daripada perniagaan borong dan runcit.Perniagaan borong ialah pemborong membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual kepada peruncit dalam kuantiti yang kecil.Manakala perniagaan runcit pula menjual barang kepada pengguna akhir.
  • Perniagaan antarabangsa: urusniaga yang dijalankan antara negara dengan negara yang lain.Ianya terdiri daripada eksport iaitu jual barang ke luar negara,import iaitu beli barang dari luar negara dan entrepot iaitu import barang untuk dieksport semula.
   Perbezaan antara perdagangan dan perniagaan:

  Bantuan perniagaan merupakan cabang perdagangan yang terdiri daripada perbankan, insurans, komunikasi, pengangkutan, promosi dan pergudangan.Ia merupakan penggerak dalam aktiviti perniagaan.
  • Perbankan-antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
    1. Kemudahan pembayaran dan penerimaan wang 
    2. Kemudahan penyimpanan wang
    3. Kemudahan pembiayaan
    4. Perkhidmatan-perkhidmatan lain           

  • Insurans-dilindungi daripada pelbagai risiko seperti kebakaran,kemalangan,kecurian dan ketidakjujuran yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada peniaga.Bagi mendapat perlindungan peniaga perlu membayar sejumlah premium pada syarikat insurans.Syarikat insurans akan membayar ganti rugi atau pampasan sekiranya risiko yang diinsuranskan berlaku.Ini akan menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan secara besar-besaran dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan mereka.
  • Komunikasi-proses penyampaian maklumat dan dokumen sama ada secara lisan atau bertulis.Ini membolehkan mereka melakukan tempahan ataupun mengesahkan sesuatu urusniaga dengan cepat.
  • Pengangkutan-digunakan untuk penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain.Dalam urusniaga penghantaran berlaku dari kawasan berlebihan ke kawasan yang berkurangan.Bagi pengeluar,membolehkan bahan mentah dibawa masuk kedalam kilang untuk diproses menjadi barang separuh siap atau barang siap.Barang ini akan dihantar kepasaran untuk dijual serta pasaran boleh diluaskan.
  • Pergudangan-aktiviti penyimpanan barang dalam gudang.Ia juga membolehkan barang- barang dibekalkan sepanjang tahun serta dapat menstabilkan harga di pasaran dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan.Peniaga boleh melakukan kerja-kerja memecah pukal dan kerja akhir di dalam gudang.Gudang berbon membantu perniagaan antarabangsa dengan menyimpan barang bercukai.Penyetoran sejuk digunakan untuk menyimpan barang yang mudah rosak.
  • Promosi-satu cara peniaga untuk menarik perhatian pengguna kepada produknya.Fungsinya adalah memperkenalkan produk disamping menyampaikan maklumat,memujuk serta mempengaruhi pengguna,meningkatkan jualan,bersaing dengan jenama sedia ada,meluaskan pasaran serta mengekalkan pasaran.
  Pengeluaran,perdagangan dan perniagaan saling berkaitan.Pengeluaran menghasilkan barang sama ada pengeluaran lansung atau pengeluaran tidak langsung.Pengeluaran tidak langsung mewujudkan pengkhususan yang mengakibatkan lebihan.Lebihan akan dijual yang melibatkan perniagaan.Perdagangan melibatkan pengagihan barang yang memerlukan bantuan perniagaan iaitu perbankan,insurans,komunikasi,pengangkutan,promosi dan pergudangan.

No comments:

Post a Comment