Thursday 6 December 2012

Nota ringkas sejarah tingkatan 5 semua topik




- Merujuk dasar sesebuah negarta untuk meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan mereka sendiri.omgan ke perlabuhan unutk dieksport.Dan  telah berlaku sejak kelahiran empayar Yunani dan Rom.Namun pada abad ke-15 imperialisme telah berlaku apabila kuasa barat mula menguasi wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

1. Kuasa barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah :
a) Portugal
b) Sepanyol
c) Britain
d) Perancis
e) Amerika Syarikat
2. Imperrialisme Barat awalnya berlaku secar tidak langsung dan bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja.
3. Namun, selepas Revolusi Perindustrian  di Eropah telah memperhatikan persaingan antara kuasa Barat untuk mendapatkan pasaran dan bahan mentah.
5. Menjelang tahun 1941 seluruh Asia Tenggara telah di juasai oleh imperialis Barat kecuali Thailand.
6. Imperialis Barat tertarik dengan negara-negara Asia Tenggara disebabkan oleh :
    a) Kedudukan strategik
    b) Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur,
    c) Penguasaan Asia Tenggara menjamin pasaran yang luas bagi barangan kilang imperialisme Barat.


Perubahan sistem politik
1. Kuasa Barat telah memperkenalkan sisitem birokrasi Barat bagi menggantikan sistem pertahanan beraja.Ciri-cirinya :
    a) Penubuhan kerajaan pusat melalui penyatuan wilayah-wilayah tanah jajahan.
    b) Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
    c) Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
    d) Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
    e) Pengenalan undang-undang Barat.

                   





1. garakan nasionalisme di Asia Tenggara terbahagi kepada 2 tahap.
2. Perjuangan setiap tahap berbeza dari corak,fahaman dan matlamatnya.


Perkembangan nasionalisme di Filipina.
Tahap Pertama
1.Gerakan nasionalisme yang pertama di Asia Tenggara,gerakan ini dipimpin oleh Jose Rizal yang disokong kuat oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat.
2. Tuntutan golongan ini supaya :
    i) Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
    ii) Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
    iii) Diberikan kebebasan untuk bersuara.
3. Tindakan Sepanyol untuk tidak melayan tuntutan ini memyebabkan JOse Rizal menubuhkan Liga Filipina.
4.Jose Rizal telah dibuang negeri dan akhirnya dijatuhi hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam pemberontakan.

Tahap Kedua
1. Bermula apabila penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio yang melancarkan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol.
2. Matlamat perjuangan Katipunan adalah untuk menyatupadukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
3. Pada tahun 1896 Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol,namun telah gagal
4. Bonifacio telah dihukum mati pada tahun 1897 oleh Emilio Aguinaldo,dan pada tahun 1898 Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk megusir Sepanyol in mengakibatkan Filipina dikuasai pula oleh Amerika Syarikat.
5. Pada tahun 1899 Aguinaldo negisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi Amerika Syarikat enggan.
Parti Nasional, Parti Liberal, dan Parti Demokrat antara parti yang terpaksa dibenarkan oeh pihak Amerika.

Perkembangan nasionalisme di Indonesia.
Tahap Pertama1. Memberi tumpuhan terhadap isu-isu pendidikan.Raden Adjeng Kartini mengambil berat tentang kemajuan pendidikan kaum wanita.
2. Budi Utomo tekah ditubuhkan oleh Dr.Wahidin Sudiro pada tahun 1908.dan antar matlamatnya ialah :
    i) mengembangkan pendidikan anak-anak tempatan
    ii) memajukan ekonomi rakyat.
3. Pertubuhan terpenting pada tahap pertama ini ialah Muhammadiyah,antara matlamatnya ialah :
    i) menyerbarkan Islam yamg sebenar
    ii) menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.

Tahap Kedua
1.Parti-parti politik memperjuangkan hak mereka,parti ini termasuklah Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI), dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
2. Pada tahun 1912 Sarekat Islam telah ditubuhkan di bawah pimpinan Omar said Tjokroaminoto.
3. Kemudian pada tahun 1920 Sarekat Islam menubuhkan Parti Komunis Indonesia (PKI) yang melancarkan revolusi bersenjata dengan bertujuan untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis, tetapi gagal.
4. Parti Nasionalis Indonesia (PNI) ditubuhkan pada tahun 1927 oleh Soekarno
5. Pada tahun 1929-1931 Soekarno di penjarakan dan pada tahun 1934 dibuang negeri ke Flores.
6. Thamrin telah menubuhkan Gabungan Politik Indonesia pada tahun 1939

Perkembangan nasionalisme di Indo-China
Tahap Pertama1. Tertumpuh di Vietnam dan diperopori oleh golongan bangsawan dan pegawai yang terdiri daripada golongan Mandarin.Golongan ini berusaha memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.Manakala golongan menengah yang berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat untuk rakyat.
2. Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) telah ditubuhkan untuk melancarkan pemberontakan di Tongkin serat gerakan dakyah di Vietnam.

Tahap Kedua
1. Perancis telah bertindsk menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD, dan tealh menghukum bunuh pemimpin radikalnya iaitu Nguyen Thai Hoc.
2. Parti telah diteruskan oleh Parti Kominis Vietnam (PKV)
3. Perancis bertindak keras terhadap gerakan nasionalisme hingga memaksa pemimpin PKV iaitu Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong.ini menyebabkan gerakan nasionalisne Indo-China kembali kepada corak sederhana.
4. Perancis telah menyekat apa sahaja usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Maharaja Bao Dai.
Perkembangan nasionalisme di Burma.
Tahap Pertama1. Perjuangan 2 golongan, iaitu
    i) Golongan ami Buddha.
    ii) Golongan elit berpendidikan Barat
2. Persatuan Belia Buddha telah ditubuhkan pada tahun 1906 di bawah pimpinan golongan sami Buddha. Matlamat utamanya ialah :
    a) mengekalkan tradisi buddha
    b) memajukan pendidikan rakyat Burma.
3. "Isu Kasut" untuk membangkitkan semangat nasionalisme yang berkaitan dengan kemarahan orang Burma terhadap orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma
4.Pada tahun 1920, Majlis Persatuan am Kesatuan-kesatun Burma yang lebih radikal.

Tahap Kedua.
1. Revolusi pelajar yang tercetus pada tahun 1920,menuntut supaya sebuah universiti dibina untuk rakyat Burma.
2. Golongan sami Buddha telah mencetuskan pemberontakan Saya San pada tahun 1932 melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang di pimpin oleh Saya San. Namun pemberontakan beliau tealh gagal
3. Perkembangan Burma telah diperkenalkan pada tahun 1935,juga golongan Thakin iaitu siswazah universiti membentuk Parti Dobama Asiayone di bawah pimpinan para nasionalis seperti aung San, Kyaw Nein, dan U Nu
4. Parti Dobama Asiayone menggelarkan diri mereka sebagai "Tuan".
5. Pada tahun 1937 Dr Ba Maw memenangi pilihan raya dan telah dilantik menjadi  Perdana Menteri yang pertama,
Perkembangan nasionalisme di Thailand
Tahap Pertama1. Thailand tidak pernah dijajah, gerakan nasionalismenya tidak bersifat antipenjajah.
2. Gerakan ini disebabkan oleh 2 perkara iaitu :
    a) kegelisahan rakyat terhadap penguasaan poliitk oleh kerabat diraja
    b) penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
3. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah mengwujudkan golongan intelektual yang terdedah kepada fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan.
4. Penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomtong dan Field Marshall Phibil Songram. Dan parti ini telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun yang sama dan telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak tamat.

Tahap Kedua
1. Pada tahap ini rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
2. Phibul Songram telah menjadi Perdana Menteri pada tahun 1938. Beliau telah membuat pembaharuan  iaitu :
    a) Meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi Thailand oleh orang Cina.
    b) Membubarkan sekolah cina dan akhbar cina
    c) Menggalkkan penduduk peribumi supaya melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi negara.
    d) Mengkhaskan jawatan tertinggi dalam kerajaan untuk penganut agama Buddha.
    e) Pada tahun 1939 nama Siam telah ditukar kepada Thailand yang bermaksud Thai Bebas.
    f) Bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.





1. Merupakan reaksi spontan menentang British masyarakat tempatan supaya kepentingan mereka tidak dicerobohi da dikuasai oleh orang luar.Dan antara pemimpin tempatan tersebut ialah :
    a) Dol Said
    b) Linggir
    c) Rentap
    d) Syarif Masahor
    e) Datu Patinggi Abdul Gapur
    f) Mat Salleh
    g) Dato' Maharaja Lela
    h) Yam Tuan Antah
    i) Dato: Bahaman
    j) Tok Janggut
    k) Haji Abdul Rahman Limbong
2. Gambar rajah dibawahadalah sebab penentangan pejuang tanah air terhadap Britisah :
                            
  
Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
1. British telah berjaya menjajah Tanah Melayu,Sarawak, dan Sabah.
2. Penduduk tempatan masih meneruskan perjuangan menentang penjajah walaupun penentangan mereka tidak berjaya.
3. Melalui penibuhan persatuan negeri dan badan sosial, mereka mula membaiki diri dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme.
1.Pengenalan sistem politik Barat
    - Sistem politik Barat ini, seorang Residen British diletakkan di negeri-negeri Melayu
2. Pelaksanaan dasar British
    - Mengamalkan dasar liberal dalam menggalakkan kemasukan orang asing ke Tanah Melayu.
3. Pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu.
    - Di perkenalkan pada tahun akhir abad ke-19,dan telah berjaya melahirkan golongan intelektual Melayu.
4. Kesan pendudukan Jepun (1942 - 1945)
- Jepun telah memperkenalkan konsep " Kawasan Kesemakmuran Asia"
5. Keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).
    - Serangan kejam PKM telah di balas oleh orang melayu,dan tindakan PKM ini telah menimbulkan konflik perkauman dan membangkitkan semangat menentang penjajahan.
6. kemunculan mesin cetak
    - Idea menentang penjajah disalurkan melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama.
7.Gerakan Pan-Islamisme sedunia
    - adalah gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk mencetuskan pemahaman yang lebih mendalam terhadap Islam  supaya umat islam menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam.
8. Pengaruh kesedaran politik serantau
    - Gerakan nasionalisme Indonesia sangat mempengaruhi nasionalisme Melayu di Tanah Melayu kerana Indonesia amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya.
Gerakan Islah dalam meningkatkan minda bangsa
1.Makna Gerakan Islah ialah yang menyeru supaya masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
2. Pelopro Gerakan Islah  juga dikenali sebagai Kaum Muda antaranya :
    a) Sheikh Tahir Jalaludin
    b) Syed Syeikh al-Hadi
    c) Dr. Burhanuddin al-Helmy
3. Saluran Gerakan Islah ini ialah memperjuangkan pemikiran mereka melalui akhbar dan majalah
4. Antara perjuangan mereka ialah :
    i) menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
    ii) menyeru ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang melayu dimajukan.
    iii) mengyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikirn orang Islam.
    iv) mengkritik raja dan pembesar melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu.

Peranan akhbar, novel dan majalah dalam pencetus kebangkitan semangat nasionalisme
- Peranan akhbar 
- seperti Warta Malaya, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak telah membangkitkan beberapa topik dari segi politik, eonomi dan sosial.Dari segi politik
  • Mengkritik dasar British yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu
  • Melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan dengan menuntut supaya diadakan Malay Administrative Service (M.A.S)
  • Menentang orang dagang yang membuat tuntutun terhadap politik tempatan.
  • Menyeru perpaduan dan penyatuan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
Dari segi ekonomi
  • Menggesa British supaya mengurangkan kemasukan orang dagang.
  • Menggalakan penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan.
  • Menggalakan penubuhan syarikat kerjasama.
  • Meninta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
  • Melarang orang Melayu dari menjual tanah mereka.
  • Menggesa orang melayu supaya bersikap jimat cermat.
Dari segi Sosial/Pendidikan 
  • Memajukan pendidikan orang Melayu
  • Anak perempuan diseru supaya diberikan pendidikan.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
  • Menggesa orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki melalui pemberian nilai ekonomi.
- Peranan majalah
    a) Majalah Guru (1924) membangkitkan isu :
  • Anak-anak Melayu diberikan pendidikan
  • Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
  • Semangat cinta akan Negara
  • Penentangan terhadap penjajahan.
  • Kemajuan bahasa dan sastera Melayu
  • Peningkatan taraf hidup orang Melayu
  • Perpaduan dalam kalangan kaum.
    b) Bulan Melayu (1930) isu yang di bangkitkan :
  • Perpaduan dalam kalangan orang Melayu Johor
  • Pendidikan bagi laum perempuan
  • Wanita sebagai obor untuk memajukan bangsa.
    c) Peranan novel
  • Pentafsiran kepada persoalan orang Islam
  • Perluasan ilmu dalam semua bidang
    d) Peranan Novel
  • Memberi nasihat semangat kebangsaan 
  • Menentang penjajah untuk membela maruah bangsa

Perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu
  • Antara persatuan yang muncul ialah











Ciri-ciri sisitem politik masyarakat Melayu tradisional
  • Raja mempunyai kuasa yang tinggi dan sangat istimewa dan mempunyai tanggungjawab memberi perlindungan politik kepada rakyatnya serta menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.
  • Kesetiaan rakyat terhapat raja mereka sangat penting kerana inilah yang menentukan sempadan kerajaan dan wilayah yang berada di bawah kekuasaan raja tersebut.
Kesan penjajahan Barat terhadap konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional
  • British mula memujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri,iaitu sempadan setiap kerajaan ditetapkan
  • Konsep kerajaan berubah dan digantikan dengan konsep negeri.
  • Usaha British untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden memalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah ditentang oleh orang Melayu
  • Pada tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu sebagai ganti Malayan Union menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
  • British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957,dan Tanah Melayu memperoleh status sebagai sebuah negara baru yang merdeka.
  • Pada tahun 1963,apabila Sarawak dan Sabah bersetuju bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu,maka lahirlah negara Malaysia yang berdaulat.
Konsep bangsa dan ciri-ciri bangsa Malaysia
  1. Konsep bangsa yang merujuk sekumpulan manusia dalam ikatan ketetenagaraan atau sebagai warganegara sesebuah negara.
  2. Konsep bagsa ini merupakan kionsep baru di mana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang
  3. Bangsa Malaysia dibentuk hasil daripada perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.
  4. Antara ciri-ciri bangsa Malaysia ialah :
  • Masyarakat kaum yang berbilang bangsa dan berlainan budaya, bahasa, kepercayaan, dan pandangan terhadap aspek kedunian
  • Penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
Pembinaan negara dan bangsa
  • Konsep negara bangsa merujuk pembentukan negara bangsa moden di Eropah. dan telah lahir di Barat pada penghujungan abad ke-18 dan ke-19.Kesan daripada tercetusnya peristiwa di Eropah seperti yang berikut
           a)  Revolusi Inggeris (1668)
           b) Perang Kemerdekaan Amerika (1776)
           c) Revolusi Perancis (1789)
  • Kesan daripada peristiwa perang tersebut lahir idea mengenai hak rakyat,negara bangsa moden dn kerajaan berpenlembagaan
Pembentukan negara bangsa Itali
  • Rakyat Itali mahu menyatikan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan,mereka berjuang menghalau orang Austria dari Itali.
  • Count Camillo Benso di Covour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan  realpolitik.
  • Dalam perjuangan beliau,iaitu pada tahun 1860 beliau telah menjalinkan kerjasama dengan Napoeon III iaitu pemerintah Perancis,dan beliau telah berjaya menewaskan Austria dengan bantuan ketenteraan Napoleon III.
  • Pada tahun 1870, Perancis telah mengundurkan tenteranya dan beliau telah mengambil peluang menyatupadukan Rom dan Itali, dan kesannya terbentuk sebuah negara bangsa Itali
Pembentukan negara bangsa Jerman
  • Otto Eduardvin Bismarck tokoh yang telah berjaya menyatukan negara Jerman pada tahun 1871 juga menggunakan amalan realpolitik dan politik darah dan besi.
  • Beliau menggunakan tektik tipu helah,pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan demi untuk mencapai matlamat beliaudalam menyatukan negara Jerman.
  • Beliau memberikan sistem diktator dan mendapat sokongan daripad rakyat Jerman.
  • Beliau telah melancarkan tiga peperangan untuk menentang Denmark,Austria dan Perancis.
  • Tahun 1864 - Peperangan dengan Denmark
  • Tahun 1866 - Peperangan dengan Austria
  • Tahun - 1871 - Peperangan dengan Perancis
Pembentukan negara Malaysia
  • Dibentuk melalui kebijaksanaan para pemimpinnya tanpa melibatkan pertumpahan darah.
  • Kemerdekaan negara dicapai melalui rundingan, pakatan murni, dan tolak ansur antara 3 kaum yang terbesar iaitu orang Melayu,India dan Cina
Ciri-ciri negara dan bangsa
  • Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
  • Perjuangan yang memerlukan perkingsian bijak antara kaum terbesar dalm bidang politik,ekonomi dan sosial.
  • 4 ciri utama dalam proses pembinan negara dan bangsa ialah :
  • Negara
  • bangsa 
  • kerajaan 
  • perlembagaan.

  • Telah muncul pada abad yang ke-15 dan merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita.
  • Kesultanan melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran dan politiknya yang tersendiri dan telah mempunyai masyarakat yang tersusun dan berperaturan
  • Susun lapis masyarakat melayu tradisioanal Raja atau Sultan merupakan lapisan yang teratas,di ikuti oleh keluarga dan kerabat diraja,ulama istana/pembesar dan pentadbir,rakyat biasa yang bebas dan yang terakhir rakyat yang merupakan hamba
Ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka
  • Kedaulatan 
    •  merujuk kekuasaan tertinggi seseorang pemerintah atau sesebuah neagara
    •  tiada pihak yang boleh mengehadkan atau mencabar kekuasaan tersebut
    • kekuasaan in akan digunakan oleh negara atau pemerintah untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
  • kerajaan 
    • merujuk kepada badan yang diberikan kuasa untuk:
      • menguruskan pentadbiran 
      • menjaga keamanan
      • mempertahankan kedaulatan negara.
      • menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
  • keunggulan undang-undang
    • undang-undang dicipta untuk tujuan:
      • memelihara keamanan
      • melindungi rakyat
      • mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan
    • Pada zaman Keultanan Melayu Melaka, terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
    • Kedua-dua sumber undang-undang ini dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam
      • Hukum Kanun Melaka
        • mengandungi 44 fasal yang membincangkan tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.
        • selain itu turut menyentuh tentang hukuman terhadap kesalahan jenayah awam,undang-undang keluarga dan sebagainya.
      • Undang-undang Laut Melaka
        • menyentuh perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran laut
  • Wilayah pengaruh
    • Setiap negara mempunyai wilayah yang merujuk kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum
    • wilayah pengaruh ialah kawasan yang mana rakyatnya menerima dan memperakui pemerintah seorang raja.
  • Rakyat
    • merujuk kepada seluruh pendududk yang mendiami seebuah wilayah mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah yang mereka diami itu.
  • Lambang
    • merujuk kepada simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara
    • Contohnya, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
    • Sisitem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa melayu dan agama Islam merupakan warisan kesultanan melayu melaka yang kekal hingga ke hari ini.
Warisan Negeri-negeri Melayu
Unsur-unsur penting warisan Kesultanan Melayu Melaka masih diamalkan di negeri-negeri Melayu tersebut seperti yang berikut:
  • Pengasasan
    • Kerajaan Johor,Perak dan Pahang telah diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
  • Gelaran
    • Semua pemerintah negeri-negeri Melayu ini menggunakan gelaran sultan pada awal nama masing-masing
    • Amalan ini jelas mencontohi Sultan Melaka.
  • Pewarisan Takhta
    • Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri  Melayu ini mementingkan jurai keturunan di sebelah bapa
  • Sistem pemerintahan
    • Negeri Melayu ini mengamalkan pemerintahan berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.
  • Kitab Undang-undang
    • Undang-undang Johor,Perak dan Pahang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka supaya sesuai dengan unsur dan amalan tempatan.
Johor (Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor)
  • Perlembagaan bertulis merupakan satu daripada ciri asas pembinaan negara dan bangsa.
  • Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan sebuah perlembagaan bertulis yang teratur dan sangat lengkap.
  • Perlembagaan ini yang berkuatkuasa pada tahun 1895 dinamakan Undng-undang Tubuh Kerajaan Johor.
  • Tanggungjawab raja:
    • Dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
    • Berhak memilih Menteri Besar
    • Memperkenan jawatan Naib Menteri Besar yang ditentukan oleh Jemaah Menteri.
  • Orang melayu diiktiraf sebagai rakyat Johor.
  • Agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negeri.
  • sistem pemerintahan negeri:
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi dua badan iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
Kelantan (Sistem Jemaah Menteri)
  • Di kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad 1(1801-1836), unsur-unsur sistem Jemaah Menteri telah pun diamalkan
  • Sultan Muhammad II (1836-1886) telah membentuk sistem jemaah menteri
  • sistem jemaah menteri bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.
  • Perubahan yang dijalankan oleh Sultan Muhammad II dalam struktur pentadbiran Kelantan sejak tahun 1842 termasuklah perkara yang berikut:
    • menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perselisihan untuk merampas kuasa.
    • menggantikan kerabat diraja tersebut dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan yang memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda.
    • ketaatan golongan pembesar ini telah membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II.
Terengganu (Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu-Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil il-suluk)
  • Undang-undang Tubuh kerajaan terengganu telah diluluskan oleh Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1911.
  • Undang-undang in dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil il-suluk yang memberi makna "keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan"
  • Undang-undang ini merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.
  • Digubal berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
  • Undang ini bertujuan untuk menghalang British daripada meluaskan kuasanya di Terengganu
  • Aspek utama dalam undang-undang ini ialah:
    • Agama Islam diberikan kedudukan istimewa sebagai agama negeri.
    • Pemerintahan bercorak raja berpelembagaan diamalkan.
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri membantu sultan dalam pentadbiran.
    • Peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan:
      • Diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan
      • mereka perlu mengakui taat setia kepada sultan dan kerajaan.
    • Mereka akan menjalankan tugas seperti berikut:
      • membantu sultan mentadbir negeri.
      • menjaga keamanan negeri
      • menjaga kebajikan rakyat
    • Peranan Jemaah menteri:
      • badan ini berhak melantik Naib menteri besar selepas diperkenalkan oleh sultan.
Negeri Sembilan (Prinsip demokrasi dan konsep persekutuan)
  • Terdapat sembilan buah negeri di Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong, Johol,Inas, Rembau, Terachi, Jelebu, Jempol, Seri Menanti dan Gunung Pasir.
  • Raja Melawar yang memakai gelaran Yam Tuan Besar merupakan Raja Negeri Sembilan pada abad ke-18.
  • Negeri Sembilan ialah negeri Melayu pertama yang mirip kepada bentuk persekutuan.
  • Sistem pemerintahan Negeri Sembilan berdasarkan Adat Perpatih.
  • Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah melantik Buapak,buapak melantik Lembaga, Lembaga melantik Undang dan Undang kemudiannya melantik Yang dipertuan Besar.
  • Kepentingan sistem pemerintahan Negeri Sembilan berdasarkan Adat Perpatih ialah:
    • Tidak mengamalkan kuasa mutlak
    • mengagihkan kuasa pemerintahan kepada individu  mengikut peringkat
    • mengamalkan unsur demokrasi  dalam sistem pemilihan pemimpin


Makna Malayan Union
  • diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 di Tanah Melayu
  • British berusaha menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka melalui penubuhan Malyan Union
  • British telah menerima Negeri Melayu,raja Melayu dan Orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu sebelum Malayan Union diperkenalkan.
Sebab-sebab pengenalan Malayan Union
  • Malayan Union diperkenalkan sebagai persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri.
    • British ingin menyediakan Tanah melayu kearah membentuk kerajaan sendiri.
  • Penjimatan kos pentadbiran.
    • Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga unit politik berlainan iaitu Negeri-Negeri Selat,Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri -negeri Melayu tidak Bersekutu
    • British terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk menjalankan tiga sistem yang berbeza itu.
    • Malayan Union ingin menggabungkan ketiga-tiga unit politik ini di bawah satu pemerintahan pusat. .
  • Melaksanakan pentadbiran yang licin.
    • melalui  gabungan ketiga-tiga unit politik yang berbeza ini di bawah satu pemerintahan pusat akan memastikan kelicinan dan kelancaran pentadbiran Malayan Union oleh British.
  • mengawal kuasa politik orang Melayu
  • membentuk bangsa Malayan Union.
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946
  •  semua negeri melayu bersekutu,negeri melayu tidak bersekutu dan dua buah negeri selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan dalam satu unit pentadbiran
  • ketua Malayan Union ialah gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
  • Singapura diasingkan kerana British ingin mengekalkan kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
  • Majlis eksekutif dan Majlis Undangan Malyan Union dibentuk untuk membantu gabenor.
  • Kewarganegaraan sama rata berdasarkan prinsip soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
  • Mengikut prinsip jus soli:
    • sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union
    • kerakyatan akan diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas serta dan telah bermastautin  selama 10 hingga 15 tahun.
    • mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, juga akan diberikan kerakyatan
    • semua rakyat british daripada tanah jajahan takluknya termasuk Singapura boleh menjadi rakyat Malayan Union
Pentadbiran Malayan Union
  • Dari segi pentadbiran Malayan Union  akan mewujudkan sebuah kesatuan di bawah kekuasaan sebuah pemerintahan pusat yang mantap.
  • Pentadbiran British tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini.
  • Pentadbiran Malayan Union tertakluk terus kepada Parlimen British di London.
  • Pentadbiran Malayan Union telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu.
  • Kerajaan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House, Kuala Lumpur.
  • Sir Edward Gent merupakan Gabenor pertama Malayan Union.
Implikasi pembentukan Malayan Union
  • sistem pentadbiran lama yang berpecah belah diubah iaitu tiga unit politik yang berbeza kepada sistem pentadbiran berpusat dibawah penjajahan British di Kuala Lumpur
  • memudahkan British menyeragamkan dasar pentadbiran, kehakiman,keselamatan, politik dan ekonomi Tanah Melayu.
  • memperlihatkan hasrat British ingin menjaga kepentingan imperialismenya.
  • bertentangan dengan dasar perlindungan yang diamalkan oleh British sebelum ini.
  • membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Reaksi terhadap Malayan Union
Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union
  • Tindakan Sir Harold MacMicheal
    • mengugut raja-raja Melayu bahawa mereka akan diturunkan daripada takhta sekiranya mereka enggan menerima Malayan Union
    • Ugutan ini jelas berlaku kepada Sultan Kedah  iaitu Sultan Badlishah seperti yang tercatat dalam surat baginda sendiri.
    • kebanyakan sultan seperti Sultan Perak tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
  • Ketidaksesuian masa
  • Penghakisan kuasa raja-raja Melayu
  • Kerakyatan yang longgar.
  • Kehilangan warisan tamadun
Golongan yang menyokong Malayan Union
  • Orang dagang dan golongan Melayu radikal.
    • Golongan Melayu radikal merupakan kumpulan orang Melayu yang:
      • menolak sistem politik feudal
      • mendapat inspirasi daripada Indonesia
      • mendokong penubuhan negara Melayu Raya
      • ingin bergabung dengan Indonesia Raya.
    • Sebab-sebab orang dagang dan golongan Melayu Radikal menyokong Malayan Union:
      • Dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik akan melicinkan pentadbiran
      • Dasar sama rata Malayan Union akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM)
      • Sebab-sebab PKMM menyokong  Malayan Union:
        • Pemerintahan Malayan Union yang bersifat barat
        • Malayan Union akan menghapuskan sistem feudal Melayu.
        • Malayan Union tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.
        • Konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan
    • Parti-parti lain yang menyokong Malayan Union:
      • Angkatan Pemuda Insaf (API)
      • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
      • Barisan Tani Malaya (BATAS)
    • Pegawai Tadbir Melayu
        • sebab-sebab mereka menyokong Malayan Union:
          • British merupakan kuasa besar.
          • british mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.
Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union.
  • Akhbar-akhbar Melayu
    • akhbar melayu seperti Majlis,Utusan Melayu dan Warta Negara telah menyuarakan penentangan mereka terhadap Malayan Union secara berterusan
  • Demonstrasi secara aman
    • Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman apabila Sir Harold Mac Micheal tiba untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
  • Persatuan-persatuan Melayu
    • telah dihidupkan semula semata-mata untuk menentang Malayan Union.
    • mereka menolak sama sekali pentadbiran Malayan Union.
  • Peranan Dato' Onn Ja'afar
    • Pada 23 Januari 1946, Dato' Onn Ja'afar menyeru supaya orang Melayu berkongres.
    • Beliau menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai benteng untuk menentang Malayan Union
  • Kongres Melayu
    • Dari 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu 1946 telah dijalankan di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur
    • Kongres ini dihadiri oleh seramai 163 orang
    • Kongres ini dapat mengumpulkan 41 buah persatuan dan badan politik dari seluruh Tanah Melayu.
    • Kongres bersetuju membentuk United Malays National Organization (UMNO) atau pertubuhan kebangsaan Melayu bersatu untuk menggagalkan Malayan Union.
  • Rapat Umum
    • Orang Melayu mengadakan rapat umum untuk menunjukkan penentangan kereka terhadap Malayan Union
  • Peranan raja-raja Melayu
    • pada 28 April 1946, raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British tersebut.
    • Raja-raja Melayu menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London.
Implikasi daripada perjuangan menentang Malayan Union
  • Memperlihatkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka.
  • membawa kepada penubuhan UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu untuk memperkasa kemajuan bangsa Melayu.
  • penentangan tegas orang Melayu menyebabkan British mengadakan satu rundingan dengan UMNO dan raja-raja Melayu bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.
Persekutuan Tanah Melayu
  • Dibentuk pada 1 Februari 1948 melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  • menggantikan Malayan Union yang ditentang hebat oleh orang Melayu.
  • menunjukkan kejayaan penduduk tempatan menentang penjajahan British terhadap Tanah Melayu
  • merupakan kemenangan orang Melayu untuk mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu.
Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Ketegasan dan perpaduan orang Melayu
  • Sikap politik orang Melayu yang sederhana
  • Sokongan bekas pegawai British
  • Sokongan pegawai tinggi British
  • Kebimbangan British
  • Piagam Atlantik 1945
Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
  • Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif
    • Hasil ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union, British telah mempersetujui  untuk mengadakan rundingan
    • British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif
    • Jawatankuasa eksekutif dianggotai oleh 12 orang ahli terdiri daripada :
      • Pegawai-pegawai kanan British
      • Pemimpin-pemimpin UMNO
      • Wakil raja-raja Melayu
  • Tuntutan orang Melayu
    • satu mesyuarat telah diadakan di King's House,Kuala Lumpur
    • Dalam mesyuarat tersebut orang Melayu telah mengemukakan lima tuntutan
  • Penentangan terhadap perundingan Jawatankuasa Eksekutif
    • Orang dagang dan golongan radikal Melayu dibawah pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy membuat bantahan terhadap perundingan Jawatnkuasa Eksekutif
  • Sebab-sebab penentangan orang dagang dan golongan radikal Melayu 
  • Tindakan orang dagang dan golongan radikal Melayu.
  • Tidak balas pihak British
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Perjanjian Persekutuan
    • ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King's House,Kuala Lumpur
    • Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan pihak British.


Sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu



Implikasi daripada sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • British masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan masih belum diberikan.
  • perkongsian kuasa telah dilakukan antara majlis Raja-raja dengan pesuruhjaya tinggi pada peringkat pusat
  • pada peringkat negeri pula, sultan menjadi ketua negeri
  • Sultan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.
Tokoh-tokoh penggerak Persekutuan Tanah Melayu
  • Dalam merealisasikan pembentukan satu perlembagaan yang akan mengembalikan maruah dan kedudukan politik orang Melayu memerlukan usaha dan kebijaksanaan beberapa orang pemimpin negara.
  • Antara mereka ialah orang ramai, pemimpin tempatan serta sembilan orang raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO khususnya..
  • Antara sembilan orang Raja Melayu tersebut ialah:
    • Sultan Badlishah (Kedah)
    • Sultan Abdul Aziz (Perak)
    • Sultan Ibrahim (Johor)
  • Perjuangan dan tuntutan raja-raja Melayu terhadap pihak British:
    • Menjaga status dan keselamatan rakyat
    • Menuntut supaya kuasa mereka dikembalikan seperti sebelum tahun 1941
    • mengekalkan perlindungan kepada rakyat melayu sebagao Rakyat Raja Melayu.
    • menuntut supaya kuasa mereka serta hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.
  • Rakyat yang diwakili oleh pembesar Melayu ialah:
    • Dato' Onn Ja'afar (Menteri Besar Johor dan Yang dipertua UMNO)
    • Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan)
Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah
  • Di Tanah Melayu, orang melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British.
  • Sarawak dan Sabah pula dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak
  • Sarawak dan Sabah diserahkan kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota pada tahun 1946
  • Penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British, manakala di Sabah penentangannya tidak begitu jelas.
Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British
  • Charles Vyner Brooke iaitu Raja Sarawak yang terakhir telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
  • Vyner Brooke menyerahkan Sarawak atas alasan:
    • Beliau telah tua dan uzur
    • Pengganti beliau iaitu Anthony Brooke tidak layak untuk mentadbir Sarawak dengan baik.
  • Charles Vyner Brooke telah menghantar Gerald Macbryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
  • Beliau telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada 8 Februauri 1946.
  • Pengisytiharan tersebut dibantah oleh:
    • Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (Ketua masyarakat Melayu Sarawak)
    • Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
    • Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
  • Sebab-sebab penentangan:
    • penyerahan Sarawak bercanggah dengan Perlembagaan 1941
    • Charles Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
    • Sungguhpun Charles ada merujuk perkara penentangan kepada Majlis Negeri Sarawak, tetapi 18 undi menyokong penyerahan adalah daripada anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British.
  • Charles Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
  • Dengan itu Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946.
  • Penentangan secara terbuka dilakukan oleh parti-parti yang berikut:
    • Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
    • Barisan Pemuda Melayu (BPM)
    • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
  • Kesan daripada penentangan tersebut kerajaan British telah bertindak balas dengan mengeluarkan Surat Pekeliling Bil.9.Surat pekeliling ini memberikan amaran kepada semua kakitangan kerajaan bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat dalam gerakan antipenyerahan tersebut.
  • Kumpulan Rukun Tiga Belas terbentuk apabila terdapat pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak.
  • Perjuangan Rukun Tiga Belas:
    • penubuhan Rukun Tiga Belas menandakan kemuncak kemarahan orang Sarawak ataupun tindakbalas terhadap tindakan politik kerajaan British.
    • Seorang anggota Rukun Tiga Belas iaitu Rosli Dhobi sanggup mengorbankan diri untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan birtish
    • perjuangan beliau dan kawan-kawannya tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu padu.
    • Rosli Dhobi dan kawan-kawannya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.  
  • Sarawak menjadi Tanah jajahan kerajaan British sehingga tahun 1963.
Kesedaran politik di Sabah
  • Kebangkitan kesedaran politik di Sabah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
    • Amat perlahan
    • Berpecah-belah
    • Tidak berkesan
  • Namun begitu terdapat juga pertubuhan sosioekonomi yang bersifat sederhana seperti:
    • Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
    • Persatuan Melayu Jesselton (PMJ)
    • Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton.
  • Sabah diserahkan kepada kerajaan British sebagai jajahan takluk British pada tahun 1946
  • Reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sabah kepada kerajaan British:
    • Tidak terdapat penentangan yang jelas.
    • Tidak ada penentangan terbuka.
    • pada tahun 1951, persatuan-persatuan di Sabah telah terkubur begitu sahaja.



Sistem Ahli
  • merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
  • Penubuhan Sistem Ahli merupakan idea Dato' Onn Jaafar.
  • Sir Henry Gurney mencadangkan agar pelaksanaan Sistem Ahli di Tanah Melayu menggunakan model negar Kenya dan Rhodesia Utara.
  • Pihak British menerima cadangan penubuhan Ssitem Ahli kerana:
    • selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi iaitu satu proses membebaskan negeri yang dijajah.
    • mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya.
  • Pada bulan Februari 1950,Sistem Ahli Telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.
  • Satu rundingan telah diadakan antara pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu di King's House, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1950.
  • Wakil penduduk Tanah Melayu terdiri daripada:
    • Dato; Onn Ja'afar (Yang dipertua UMNO)
    • Dato Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor)
    • Raja Uda (wakil UMNO dan orang Melayu)
    • Dato' Nik Ahmed Kamil (wakil UMNO dan orang melayu)
    • Dato' E.E.C Thuraisingam (wakil kaum India)
  • Sistem Ahli telah dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955
Ciri-ciri Sistem Ahli
  • Satu sistem kabinet bayangan yang terdapat daripada beberapa orang pegawai tadbir dan pemimpin masyarakat tempatan untuk memegang jawatan yang dibentuk.
  • Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli contohnya Ahli Pelajaran
  • Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
  • Ahli dalam Sistem Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk tanah melayu (tiga orang melayu,seorang cina dan seorang India) dan empat orang pegawai British.
  • Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
Proses pelaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli.
  • Pelaksanaan Sistem Ahli dilakukan dengan memberikan tugas-tugas berikut kepada ahli:
    • menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan.
    • menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut berasaskan dasar-dasar yang telah ditetapkan.
    • mencadangkan undang-undang berkenaan dengan jabatannya
    • membentangkan undang-undang tersebut dalam Majlis Perundangan Persekutuan
  • Kepentingan Sistem Ahli
    • meletakkan tapak asas yang penting untuk melatih pemimpin tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
    • memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanha Melayu ke arah mencapai kemerdekaan
    • memberikan penduduk tempatan pendedahan dari segi pentadbiran dan pemerintahan kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.
Pakatan Murni
  • pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mencapai usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mencapai satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
  • Langkah tersebut merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini kerana setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. 
Pakatan murni praperikatan
  • Beberapa usaha telah dijalankan untuk mengadakan pakatan murni dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu sebelum Parti Perikatan dibentuk
  • British telah menetapkan syarat kerjasama antara kaum diadakan sekiranya Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan
Langkah pertama - Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaisin Committee(CLC)
  • Jawatankuasa ini dibentuk pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang
  • Pada Mulanya, anggota CLC hanya terdiri daripada orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato' Onn Ja'afar dan Orang Cina yang bernaung di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock.
  • CLC penting sebagai titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu
  • Beberapa perkara dipersetujui hasil daripada perundingan UMNO-CLC:
    • Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)
    • Kerakyatan Negeri 1951
    • Pilihan Raya.
Langkah Kedua- Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
  • dicadangkan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1951
  • Beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu yang enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
  • Beliau kemudiannya meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti baru.
Langkah ketiga -  Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP)
  • Ditubuhkan oleh Dato' Onn Ja'afar pada tahun 1951
  • menggunakan konsep kerjasama  kaum dalam sebuah parti
  • keanggotaannya dibuka kepada semua kaum.
  • IMP gagal mendapat sambutan daripada semua kaum kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah satu bangsa Tanah melayu
Langkah keempat - Penubuhan Persidangan Kebangsaan
  • Ditubuhkan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom Macdonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) di King's House, Kuala Lumpur
  • bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
  • Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama-sama MCA.
Perikatan serta pilihan raya Bandaran Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan Raya Majlis Perbandaran
  • British telah mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952
  • dengan ini kerjasama UMNO-MCA dibentuk
Pilihan raya tahun 1954
  • Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan
  • Kejayaan tersebut membuktikan penduduk Tanah Melayu dapat menerima konsep permuafakatan kaum dalam pelbagai parti.
Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)1955
  • British telah mengambil usaha menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) pada tahun 1954
  • Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada 27 Julai 1955
  • Parti perikatan telah menyertai pilihan raya tersebut.  
Perikatan dan pakatan murni ke arah kemerdekaan
  • Selepas memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan,Parti Perikatan bertanggungjawab untuk menunaikan janji yang terkandung dalam Manifesto pilihan raya mereka iaitu mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun.
  • Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan pihak British untuk mendapatkan kemerdekaan.
  • Kesannya ialah pembentukan Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Rombongan Rindingan Kemerdekaan
  • Rombongan tersebut berlepas ke London  pada bulan Februari 1956
  • Rombongan tersebut terdiri daripada :
    • Wakil perikatan
    • Wakil Sultan
  • Pengerusi perundingan tersebut ialah Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.
  • Rundingan ini telah berlangsung dari 18 Januari  hingga 8 Februari 1956
  • Hasil rundingan tersebut, terbentuklah sebuah Suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan 
  • Pihak British telah bersetuju untuk memberikan KEMERDEKAAN kepada Persekutuan Tanah melayu pada 31 Ogos 1957
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Perjanjian ini amat penting sebagai tanda persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan
  • Kemerdekaan merupakan kemuncak perjuangan nasionalisme yang telah berlaku sejak pertengahan abad ke - 19
Surujanjaya Reid
  • Suruhanjaja Reid telah ditubuhkan pada bulan Mac 1956
  • Tujuannya adalah untuk membincang dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
  • Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid (Hakim British) yang menjadi pengerusinya.
  • Tugas Suruhanjaya ini ialah merangka sebuah perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
  • Isu yang menjadikan panduan ialah:
    • Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
    • Pemberian kuasa automoni kepada negeri dalam bidang tertentu
    • mengambil kira kedudukan raja-raja Melayu.
  • Cadangan Suruhanjaya diterbitkan pada 15 februari 1957
  • Majlis mesyuarat Perundangan Persekutuan telah mengeshkannya pada bulan Ogos 1957
  • dan dengan itu Perlembagaan Kemerdekaan dihasilkan
  • Satu isu hangat dalam Suruhanjaya Reid ialah kerakyatan jus soli:
    • kerakyatan jus soli dituntut oleh orang dagang 
    • tuntutan tersebut tidak dapat diterima oleh orang Melayu
    • Ini disebabkan oleh prinsip kerakyatan jos soli menekankan hak sama rata kepada semua kaum
  • Perkara yang dipersetujui ialah:
    • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah melayu
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah melayu telah ditandatangani oleh Raja Melayu dan British.
  • Hasilnya ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Antara isi penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah seperti berikut:
    • Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan 
    • Pemisahan antara kuasa persekutun dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan senarai negeri
    • kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
    • Institusi raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.
    • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
    • Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
    • Yang dipertuan Agong menjadi ketua negara.
    • Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.
Pemasyhuran Kemerdekaan
  • telah dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
  • merupakan pernyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan negara kita daripada penjajahan British.
  • Antara kandungan pemasyhuran Kemerdekaan adalah seperti berikut:
    • persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain di dunia.
    • raja-raja Melayu dan Ratu England menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957 bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
    • Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957
    • pembentukan sebuah kerajaan yang mempunyai Raja Berpelembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen.
Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Pakatan murni membolehkan pembentukan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja berpelembagaan.
  • Ia memberi hak mutlak kepada rakyat untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.
Peranan Tokoh-tokoh Kemerdekaan
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-haj
    • menjadi presiden OMNO dan ketua parti perikatan.
    • menjadi perdana menteri yang pertama
  • Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan Malaysia)
    • menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
    • menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956
    • menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970
  • Tun H.S Lee
    • merupakan tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan
    • bekerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957
    • menjadi menteri kewangan persekutuan tanah melayu yang pertama.
  • Tan Cheng Lock
    • merupakan preiden MCA
    • Menjadi penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara
  • Tun V.T Sambanthan
    • menjadi presiden MIC antara tahun 1955 hingga 1973
    • bekerjasama dalam menuntut kemerdekaan negara
    • menyokong dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara.
    • menyeru kaum india memberikan kesetiaan yang jitu kepada negara ini.

Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia
  • Sejak awal abad ke -19 lagi idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan oleh beberapa orang tokoh.
  • Antara tokoh berkenaan termasuklah Lord Brassey, Sir Malcom Macdonald,Dato'Onn Ja'afar, Lim Yew Hock dan David Marshall.
    • Lord Brassey
      • merupakan Pengarah Syarikat Borneo Utara
      • mencadangkan gabungan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1887
    • Sir Malcom Macdonald
      • merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952)
      • Mencadangkan gabungan Sarawak, Sabah, Singapura,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948
    • Dato' Onn Ja'afar
      • Pada tahun 1956, beliau mencadangkan supaya Persekutuan Tanah melayu yang merdeka dinamai Malaysia.
      • berpendapat bahawa pada suatu masa nanti British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Singapura,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
    • Lim Tew Hock dan David Marshall
      • merupakan pemimpin Singapura
      • mereka mencadangkan pembentukan Malaysia pada tahun 1955
    • Lee Kuan Yew
      • Pada tahun 1959, beliau telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman mengenai gabungan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
    • Tunku Abdul Rahman.
      • Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan gagasan Persekutuan Tanah Malaysia.
      • Beliau telah mencadangkan pembentukan Malaysia bagi menjamin kedudukan politik lebih kukuh dan disegani di rantau ini.
      • Beliau juga berpendapat kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan melalui gabungan tersebut.
      • mengatakan bahawa kerjasama antara British dengan rakyat tempatan sangat perlu demi merealisasikan pembentukan negara Malaysia
Faktor-faktor Pembentukan Malaysia
  • Faktor Politik
    • keselamatan
      • perkembangan pengaruh Barisan Sosialis-Lee Kuan Yew mendesak pembentukan gagasan Malaysia kerana beliau bimbang dengan perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang telah memenangi pilihan raya Hong Liam di Singapura pada bulan April 1961.Perkembangan ini akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) iaitu parti pimpinan Lee Kuan Yew.
      • Ancaman komunis- Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ancaman komunis untuk mendesak British mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
      • kemerdekaan - Pada masa itu Sarawak,Sabah dan Singapura masih belum mampu berkerajaan sendiri.
      • Dekolonisasi- Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
  • Faktor Ekonomi
    • Kemajuan ekonomi- satu pasaran yang lebih luas akan wujud dengan adanya pembentukan Malaysia
    • Kerjasama ekonomi- Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber negara ini.
  • Faktor Sosial
    • Keseimbangan kaum-dengan memasukkan Sarawak,Sabah ke dalam Malaysia , jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di negeri-negeri anggota dapat diseimbangkan
    • Semangat setia kawan- penubuhan Malaysia dapat melahirkan semangat setia kawan dan kesepakatan dalam kalangan negeri anggota
Reaksi terhadap Pembentukan Malaysia
  • Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia di Singapura
  • Pengumuman ini telah menimbulkan pelbagai reaksi sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara.
Reaksi dalam negeri
  • Persekutuan Tanah Melayu
    • pada umumnya, bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu pembentukan Malaysia dilihat sebagai satu usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.
  • Singapura
    • Sejak tahun 1950-an,Lee Kuan Yew dan PAP telah pun mendesak penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana:
      • bimbangkan dengan pengaruh parti haluan kiri yang kuat.
    • Barisan Sosialis menuntut agar pandangan rakyat Singapura diminta terlebih dahulu sebelum Singapura memasuki gabungan tersebut.
    • Turut menyuarakan pandangan yang sama ialah Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat bersatu.
  • Sarawak dan Sabah
    • mulanya menolak cadangan pembentukan Malaysia 
    • reaksi Sarawak dan Sabah ini disebabkan:
      • kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak lebih dari satu abad.
  • Sarawak
    • sebelum pengumuman penubuhan Malaysia sudah wujud dua buah parti politik iaitu:
      • Parti Bersatu Rakyat Sarawak (Sarawak United People's Party (SUPP))
      • Parti Negara Sarawak (PANAS)
      • dan parti-parti lain yang muncul selepas itu:
        • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
        • Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
        • Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
        • Sarawak Chinese Association (SCA)
  • Sabah
    • berbeza dengan Sarawak, di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik sebelum pengumuman tentang cadangan pembentukan Malaysia.
    • beberapa buah parti politik telah muncul selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang gagasan Malaysia.
    • Parti Perikatan Sabah yang merupakan gabungan lima buah parti politik dibentuk pada bulan September 1961.
  • Brunei
    • pada peringkat awal Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
    • Ada penentangan iaitu daripada Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M.Azahari.
Reaksi negara luar.
Indonesia
  • pada peringkat awl Indonesia tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap gagasan Malaysia.
  • namun begitu pada akhir tahun 1962, tentangan telah muncul disebabkan oleh perkara yang berikut:
    • Indonesia menganggap pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.
  • pada 20 Januari 1963, Indonesia telah mengumumkan Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyamg Malaysia yang merupakan dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia.
Filipina
  • Filipina mendakwa Sabah merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
  • Pada tahun 1881, syarikat perdagangan ini yang dikenali sebagai Syarikat Borneo Utara British (SBUB) memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.

Langkah-langkah Pembentukan Malaysia
  • Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) 1961
    • pada akhir bulan Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah berucap di Singapura.
    • Pada bulan Julai 1961,JPPK telah dibentuk di Singapura.Pengerusinya ialah Donald Stephens.
    • peranan JPPK:
      • menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
      • mengumpulkan pandangan penduduk tentang gagasan Malaysia
  • Suruhanjaya Cobbold
    • dibentuk oleh kerajaan British pada tahun 1962
    • mempunyai dua tujuan iaitu:
      • meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
      • membuat penilaian dan megemukakan cadangan kepada pihak British
  • Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) 
    • ditubuhkan pada bulan Ogos 1962
    • pengerusinya ialah Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi tanah jajahan)
    • membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawk dan Sabah.
  • MAPHILINDO (1963)
    • persetujuan dicapai dalam kalangan negara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,Sarawak dan Sabah bahawa Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963
    • rundingan tersebut membawa kepada penubuhan MAPHILINDO.
  • Perwakilan Malaysia ke Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Malaysia Mission - UNMM)
    • dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant.
    • melalui tinjauan tersebut didapati bahawa majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
Perjanjian Malaysia 1963
  • ditandatangani di London pada 9 Julai 1963
  • Akta Malaysia diluluskan oleh Parlimen British.
  • Kemudiannya, Akta Malaysia diperkenankan oleh Ratu Elizabeth II.
  • Perjanjian itu kemudiannya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu , Dewan Perhimpunan Singapura.
Inti pati Perjanjian Malaysia 1963
  • Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
  • Agama Islam merupakan agama Persekutuan.
  • Agama lain bebas diamalkan.
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan
  • bahasa inggeris masih boleh digunakan.
  • perwakilan parlimen
    • sarawak mendapat 24 kerusi
    • sabah mendapat 16 kerusi
    • singapura mendapat 15 kerusi.
  • Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
    

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
  • Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi iaitu sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Republik.
  • Sistem Raja Berpelembagaan 
    • Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.
  • Sistem Republik
    • Sistem yang menolak institusi beraja.
    • Kerajaan diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
  • Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja berperlembagaan sejak pencapaian kemerdekaan negara pada tahun 1957.
  • Sistem Demokrasi Berparlimen bermakna:
    • Rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan negara
    • Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
    • rakyat berpeluang membentuk kerajaan
Perlembagaan
  • merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
  • perlembagaan dijadikan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai  panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
  • Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi 183 perkara.
  • Peruntukan yang terkandung di dalamnya seperti berikut:
    • senarai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
    • parlimen
    • institusi Yang Di-Pertuan Agong
    • Jemaah Menteri
    • Badan Kehakiman
Keluhuran Perlembagaan
  • merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga
  • Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
  • Perkara 75 dala Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia adalah terbatal dengan sendirinya.
  • Mahkamah diperuntukkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Kepentingan Perlembagaan
  • Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka sesebuah negara dengan menentukan rangka dan betuk pentadbirannya.
  • Perlembagaan juga menjamin sikap taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.Apabila rakyat memegang matlamat yang sama maka terbentuklah semangat patriotisme.
    • Perkara 24- Perlembagaan Perekutuan menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain kan dilucutkan kewarganegaraannya.
    • Perkara 25- Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti tidak setia kepada negara ini.
  • Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini.
    • setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan iaitu kebebaan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
  • Perlembagaan Malaysia memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong .
    • Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peranan Yang di Pertuan Agong dalam menjaga dan memlihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
  • Ia menjamin kerjasama,kesepakatan ,keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
    • perlembagaan merupakan rujukan pertama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.
Pindaan Perlembagaan
  • Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk tujuan berikut:
    • melindungi kepentingan rakyat
    • menjaga keselamatn negara.
    • melicinkan urusan pentadbiran negara.
    • sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
  • Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenangnya sehingga boleh menyentuh perkara yang sensitif dan akhirnya menimbulkan perbalahan kaum.
  • Pindaan besar yang pernah dibuat ialah pemasuhan imuniti (kekebalan) Yang di-Pertuan Agong dan raja memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
Raja Berpelembagaan
  • merujuk kepada sisitem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri
  • Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkaan sejak tahun 1957
KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
  •  Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan.Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyaisebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
  • Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia .
  • Senarai Persekutuan
    • Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.
    •  Hal ehwal luar negeri(hubungan luar).
    •  PertahananKeselamatan dalam negeri.
    •  Pentadbiran dan keadilan.
    •  Kerakyatan negara.
    •  Pilihanraya negara.
    • Kewangan.
    • Perniagaan, perdagangan dan perusahaan.
    • Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
    • Jabatan Ukur, penyelidikan.
    • Kerja raya dan tenaga pusat.
    • Pelajaran.
    • Kesihatan.
    • Keselamatan buruh dan sosial.
    • Orang Asli.
    • Hal-hal lain
( b ) Senarai Negeri
  • Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
  • Undang-undang Islam.
  • Tanah.
  • Pertanian dan perhutanan.
  • Kerajaan Tempatan.
  •  Perkhidmatan tempatan.
  • Kerajaan negeri.
  • Hari cuti negeri.
  • Undang-undang negeri
Senarai Bersama
  • Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
    • Kebajikan sosial.
    • Biasiswa.
    • Taman Negara.
    • Perancangan bandar dan wilayah.
    • Penjagaan haiwan.
    • Kesihatan dan kebersihan awam.
    • Parit dan tali air.
    • Pemulihan.
    • Hiburan awam.
    • Perhubungan
Rumusan
• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya
wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi
kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu
mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.

(3). PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN
DENGAN KERAJAAN NEGERI.
( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
• Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan
Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh
Perdana Menteri.

( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri
• Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan
Malaysia.
• kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga
orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan
negeri dan Penasihat undang-undang negeri.

 LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.

( a ) JATA NEGARA
• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang
dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas
gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

( b ) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan
Tanah Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil
bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di
perkarangan istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang
di-Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.

( c ) LAGU KEBANGSAAN.

• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada
tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai
sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana
mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup
berkorban demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara
• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.
• ngan lagu kebangsaan.




 Cadangan Laporan Barnes :
• semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
• Digantikan dengan sekolah kebangsaan
• Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
• Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi
bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris
• Tentangan terhadap Laporan Barnes - masyarakat Cina menganggap
bahasa ibunda mereka akan tergugat

Cadangan laporan Fenn-Wu
• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem
pendidikan kebangsaan

 Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :
• Dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada
permintaan daripada ibubapa
• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu• .Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran - Tentangan masyarakat
Cina , Tentangan masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan
ancaman komunis

 Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan
• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
• Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.

 Cadangan Penyata Razak :
• Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai pengantar
• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah.

Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960
• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah
kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
• sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar ditukar kapada bahasa Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh
kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan
sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

 Kajian Aminudin Baki :
• sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
• menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga
berumur 15 tahun
• memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkantenaga kerja
mahir
• sebagai persediaan untuk pasaran kerja
• kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga
, seni perusahaan dan sains pertanian
• mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.

 Jawatankuasa Kabinet 1974

Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :


• menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia
ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh
negara
• mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:
• penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )
• kenaikan darjah secara automatik
• penekanan terhadap sekolah vokasional
• sukatan pelajaran sekolah swasta
• bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
• penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan
Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

 Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
• memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
• melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani ,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan
• melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan ,
berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab , berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri
• memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara


AKTA BAHASA KEBANGSAAN

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu
• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
• Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah
• Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
• Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa
kebangsaan secara berperingkat-peringkat
• Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
• Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
menggantikan bahasa Inggeris
• Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sejarah penubuhan :

• Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan
dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun
1971

Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :

• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negaraMalaysia
• Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek
kemanusiaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek
kerohanian
• Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi.

Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan :

• kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
• unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang terpenting

SUKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita

• penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
• dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
• aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
• aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang
berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang
digalakkan
• Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan
• Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali
• SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri.

WAWASAN 2020

Maksud Wawasan 2020 :

• Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang 2020
• Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada
19981

Matlamat wawasan 2020

• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri
setanding dengan negara maju
• Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :

• perpaduan rakyat
• kestabilan politik
• ketinggian taraf hidup
• kekukuhan nilai moral dan etika
• kekukuhan sistem kerajaan
• ketinggian maruah bangsa
• semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :


 Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

  • . Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasarPembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • . Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antarakaum.Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
 Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  •  Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan negara.
  • Musuh negara mudah ditangkis
 Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
  • . masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaa.
  •  menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya.
  • perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu
Cabaran Keempat:  Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
  • . diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentukmasyarakat berbudaya unggul.
  • kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang.
  • keberkesanan sistem pendidikan.
  • keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral.
  • penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak ,seimbang dan harmonis
 Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang ,liberal dan bertoleransi
  • . masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidakbertindak secara melulu.
  • masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
  •  dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
Cabaran Keenam : Membina masyarakat yang maju dan saintifik
  • . masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahanpersekitaran untuk membina kecemerlangan.
  • . penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yangbertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa.
  • mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
 Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
  • . dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, salingmemahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
  • . masyarakat yang tidak individualistik.
  •  meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri.
  •  asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai, murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan
Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
  • . Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan LimaTahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur.
  • Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.
  • tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
  • pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi
Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020

• mengekalkan perpaduan
• saling memahami dan menghormati
• memiliki daya kreatif dan inovatif
• bersikap terbuka
• bangga dengan apa yang dicapai
• menghayati Falsafah Pendidikan Negara
• berusaha mengekalkan kemajuan negara
• menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang



Dasar-Dasar Luar Malaysia
Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )
• Dasar pro-Barat yang antikomunis
• Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
• Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
• Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
• Malaysia mendapatkan bantuan pertahanan daripada negara-negara
Komanwel.
• Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah
Melayu (AMDA) 1956.
• Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas
Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan
Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan
keluarnya Singapura daripada Malaysia.
• Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan
ASA 1961 dan
Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
• Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia
kepada Britain.
• kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan
negara Barat
• terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai
peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
• Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang
mengamalkan pasaran bebas
• Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain
seperti Jepun.

Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak (1972 -1976) & Tun Hussein ( 1976 – 1981 )
• Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara.
• Perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di timur
• Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
• Mengisytiharkan ZOPFAN
• Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis
seperti China.
• Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

• Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi
penekanan kepentingan ekonomi.
• Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara
ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
• Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
pembangunan.
• Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara
lain menerusi
• lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr
Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik
Selatan.
• Melalui siri lawatan ini,Malaysia menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala.
• Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.

Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM):

• Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul
isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika (1 contoh sahaja)
• Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mengemukakan
cadangan menghapuskan dasar apartied
• Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib
Presiden
• Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16
• Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 tahun 2003 yang
membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan
kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
• Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali
NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan
Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Negara-Negara Selatan:
• Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir
Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali
juga negara Dunia Ketiga
• Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada
tahun 1989.
• Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
• Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi,
penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan di Kuala Lumpur. (1 contoh sahaja)
• Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem
Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit
dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. (1 contoh
sahaja)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
• Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan
Afghanistan
• OIC Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti
Sudan, Nigeria dan Chad.
• Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang
pendidikan
• Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
• Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam
• Menyelesaikan isu Palestin
• Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan
takrif keganasan global pada tahun 2002.
• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

1 comment:

  1. boleh email nota ni kat email saya secepat mungkin ayufaam@gmail.com

    ReplyDelete