Keperluan adalah perkara asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan.Ianya terdiri daripada keperluan asas dan keperluan lain.Keperluan asas terdiri daripada makanan, pakaian, dan tempat tinggal.Keperluan lain pula termasuk dalam pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air.
Kehendak pula adalah sesuatu yang diperlukan untuk hidup lebih selesa ianya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.Juga akan berubah mengikut umur, jantina dan tahap pendapatan.Ia hanya pelengkap kepada keperluan manusia yang pelbagai serta tidak terhad dan tidak mudah dipuaskan.Contoh kehendak seperti rumah banglo, kereta mewah, hiburan dan sebagainya.
Hierarki Keperluan Maslow menunjukkan tahap keperluan manusia iaitu keperluan fisiologi, sosial, dan rohani.
Pengeluaran ialah aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.Aktiviti yang tidak mendatangkan faedah tidak dianggap sebagai pengeluaran.Pengeluaran juga diertikan sebagai proses penciptaan nilai faedah.Nilai faedah disebut sebagai keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak manusia.Terdapat 4 jenis nilai faedah:
Jenis pengeluaran terbahagi kepada dua iaitu pengeluaran langsung dan tak langsung.Pengeluaran langsung ialah individu memenuhi segala keperluan dan kehendak melalui usaha sendiri.Contohnya masyarakat sara diri dengan bercucuk tanam.Manakal pengeluaran tak langsung ialah manusia memenuhi keperluan dan kehendak dengan bergantung kepada pihak lain.Ini akan mewujudkan konsep pengkhususan dalam pengeluaran.
- Perusahaan: usaha untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan mengubah bentuknya kepada separuh siap atau barang siap.Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu Industri ekstraktif meliputi segala usaha untuk mendapatkan(mengekstrak) sumber bahan mentah daripada bumi atau lautan.Contohnya pertanian,penternakan dan sebagainya.Industri pembinaan meliputi semua kerja membina atau memasang dengan menggunakan bahan mentah,barang separa siap atau barang siap.Contohnya pembinaan bangunan,jambatan, jalan raya dan memasang kenderaan.Industri perkilangan merupakan aktiviti memprosesbahan mentah daripada perusahaan ekstraktif menjadi barang separa siap atau barang siap.Ia juga dikenali sebagai industri sekunder.
- Perdagangan: aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan.Perniagaan ialah aktiviti jual beli intuk mendapatkan keuntungan.Manakala bantuan perniagaan ialah aktiviti bagi melicinkan aktiviti perdagangan yang terdiri daripada perbankan,komunikasi dan sebagainya.
- Khidmat terus: Meliputi semua perkhidmatan yang diberikan secara langsung atau terus oleh pengeluar kepada pengguna tanpa guna orang tengah.Contoh perkhidmatan doktor,guaman,guru dan lain-lain.
Faktor pengeluaran-aktiviti pengeluaran merupakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan barang atau perkhidmatan.Faktor pengeluaran tersebut ialah tanah,buruh modal dan usahawan.
- Kreatif-Usahawan kreatif ialah usahawan yang sentiasa mempunyai idea baru bagi mencipta keluaran atau perkhidmatan baru.
- Inovatif-Usahawan yang inovatif dapat mengubah suai barangan yang sedia ada kepada bentuk baru yang lebih baik dan berkualiti.
- Berani menanggung risiko- Mestilah berani menghadapi cabaran dan rintangan serta dapat mengatasinya dengan cara yang paling bijak.Terdapat dua jenis risiko iaiturisiko yang boleh dikawal atau dihitung.Risiko ini boleh diinsurankan.Contohnya kecurian,kebakaran dan kemalangan.Risiko yang tidak boleh dikawal atau dihitung.risiko ini tidak boleh diinsurankan seperti pengurusan yang tidak cekap,muflis dan perubahan citarasa.
- Berpandangan jauh-Membuat ramalan tentang perkembangan perniagaannya pada masa akan datang.
- Bijak mengenal dan merebut peluang-mesti pandai mengenal peluang perniagaan dan akan cuba merebut peluang tersebut sebelum orang lain berbuat demikian.
- Rajin dan gigih-Sentiasa bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.
- Perbezaan antara usahawan dan peniaga
Peranan usahawan
- Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
- Mewujudkan peluang pekerjaan.
- Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi.
- Penemuan dan ciptaan baru.
- Menaik taraf hidup masyarakat.
Pengkhususan-bermaksud penumpuan sesuatu aktiviti kepada satu bidang tertentu mengikut kemahiran atau kebolehan masing-masing. Kewujudan pengkhususan dalam pengeluaran-antara faktornya adalah:
- Keperluan dan kehendak manusia yang semakin bertambah
- Kemahiran dan kebolehan individu berbeza
- Proses pengeluaran yang rumit
- Iklim dan bentuk muka bumi.
- Pengkhususan mengikut profesion-individu akan mengkhusus dalam pekerjaan atau profesion mengikut kebolehan,kemahiran atau minatnya.
- Pengkhususan mengikut proses- proses pengeluaran yang rumit di kilang telah dibahagikan kepada beberapa proses kecil.
- Pengkhususan mengikut kawasan-Berlaku dalam sesebuah negara disebabkan perbezaan cuaca, bentuk muka bumi,tanah-tanih serta sumber alam.
- Pengkhususan antarabangsa- Berlaku antara negara akibat perbezaan faktor seperti iklim,bentuk muka bumi dan tingkat teknologi.
Sistem barter-Merupakan urusniaga pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang.Sistem ini dilakukan pada awal perniagaan sebelum wujudnya mata wamg dalam urusniaga.Ia merupakan asas kepada sistem perniagaan moden.Sistem ini hanya wujud jika dua syarat dipenuhi iaitu:.
- Mesti wujud kemahuan serentak antara kedua-dua belah pihak.
- Mesti terdapat barang yang berlebihan yang hendak ditukarkan.
- Masalah kemahuan serentak- Urusniaga hanya berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju membuat pertukaran dengan barang yang dikehendaki.
- Masalah penentuan kadar pertukaran-Sukar untuk menilai barang dan kadar pertukaran sesuatu barang denagn barang yang lain.Ini disebabkan tidak ada nilai piawaian untuk mengukur nilai barang yang boelh digunakan.
- Masalah pembahagian barang-Binatang seperti kambing dan lembu tidak boleh dibahagikan kepada unit yang kecil kerana akan menyebabkan binatang tersebut rosak atau mati.
- Barang mudah rosak- Barang yang tidak tahan lama seperti sayuran dan buahan perlu ditukar dengan segera kerana bahan ini mudah rosak.
- Masalah untuk membawa barang yang berat dan besar- Menjadi satu masalah yang besar apabila seseorang terpaksa membawa barang yang berat dan besar untuk mencari pembeli
No comments:
Post a Comment