Monday 30 July 2012

Nota ringkas Perdagangan bab 2 tingkatan 4

 



   Perdagangan merupakan aktiviti pengagihan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir tepat pada masa, kuantiti, tempat dan harga yang bersuesuian.Perdagangan terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan.Pengeluaran dan perniagaan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa bantuan perniagaan seperti perbankan, komunikasi, insurans, pengangkutan , promosi dan pergudangan.   Perniagaan-aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan iaitu pada harga yang rendah dan jual semula pada harga yang tinggi.Perbezaan harga ini ialah keuntungan.Perniagaan terbahagi kepada dua:
  • Perniagaan dalam negeri: urusniaga yang dijalankan dalam sesebuah negara.Ianya terdiri daripada perniagaan borong dan runcit.Perniagaan borong ialah pemborong membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual kepada peruncit dalam kuantiti yang kecil.Manakala perniagaan runcit pula menjual barang kepada pengguna akhir.
  • Perniagaan antarabangsa: urusniaga yang dijalankan antara negara dengan negara yang lain.Ianya terdiri daripada eksport iaitu jual barang ke luar negara,import iaitu beli barang dari luar negara dan entrepot iaitu import barang untuk dieksport semula.
   Perbezaan antara perdagangan dan perniagaan:

  Bantuan perniagaan merupakan cabang perdagangan yang terdiri daripada perbankan, insurans, komunikasi, pengangkutan, promosi dan pergudangan.Ia merupakan penggerak dalam aktiviti perniagaan.
  • Perbankan-antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
    1. Kemudahan pembayaran dan penerimaan wang 
    2. Kemudahan penyimpanan wang
    3. Kemudahan pembiayaan
    4. Perkhidmatan-perkhidmatan lain           

  • Insurans-dilindungi daripada pelbagai risiko seperti kebakaran,kemalangan,kecurian dan ketidakjujuran yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada peniaga.Bagi mendapat perlindungan peniaga perlu membayar sejumlah premium pada syarikat insurans.Syarikat insurans akan membayar ganti rugi atau pampasan sekiranya risiko yang diinsuranskan berlaku.Ini akan menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan secara besar-besaran dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan mereka.
  • Komunikasi-proses penyampaian maklumat dan dokumen sama ada secara lisan atau bertulis.Ini membolehkan mereka melakukan tempahan ataupun mengesahkan sesuatu urusniaga dengan cepat.
  • Pengangkutan-digunakan untuk penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain.Dalam urusniaga penghantaran berlaku dari kawasan berlebihan ke kawasan yang berkurangan.Bagi pengeluar,membolehkan bahan mentah dibawa masuk kedalam kilang untuk diproses menjadi barang separuh siap atau barang siap.Barang ini akan dihantar kepasaran untuk dijual serta pasaran boleh diluaskan.
  • Pergudangan-aktiviti penyimpanan barang dalam gudang.Ia juga membolehkan barang- barang dibekalkan sepanjang tahun serta dapat menstabilkan harga di pasaran dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan.Peniaga boleh melakukan kerja-kerja memecah pukal dan kerja akhir di dalam gudang.Gudang berbon membantu perniagaan antarabangsa dengan menyimpan barang bercukai.Penyetoran sejuk digunakan untuk menyimpan barang yang mudah rosak.
  • Promosi-satu cara peniaga untuk menarik perhatian pengguna kepada produknya.Fungsinya adalah memperkenalkan produk disamping menyampaikan maklumat,memujuk serta mempengaruhi pengguna,meningkatkan jualan,bersaing dengan jenama sedia ada,meluaskan pasaran serta mengekalkan pasaran.
  Pengeluaran,perdagangan dan perniagaan saling berkaitan.Pengeluaran menghasilkan barang sama ada pengeluaran lansung atau pengeluaran tidak langsung.Pengeluaran tidak langsung mewujudkan pengkhususan yang mengakibatkan lebihan.Lebihan akan dijual yang melibatkan perniagaan.Perdagangan melibatkan pengagihan barang yang memerlukan bantuan perniagaan iaitu perbankan,insurans,komunikasi,pengangkutan,promosi dan pergudangan.

Sunday 29 July 2012

Nota ringkas Perdagangan bab 1 tingkatan 4


    Keperluan adalah perkara asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan.Ianya terdiri daripada keperluan asas dan keperluan lain.Keperluan asas terdiri daripada makanan, pakaian, dan tempat tinggal.Keperluan lain pula termasuk dalam pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air.
           
    Kehendak pula adalah sesuatu yang diperlukan untuk hidup lebih selesa ianya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.Juga akan berubah mengikut umur, jantina dan tahap pendapatan.Ia hanya pelengkap kepada keperluan manusia yang pelbagai serta tidak terhad dan tidak mudah dipuaskan.Contoh kehendak seperti rumah banglo, kereta mewah, hiburan dan sebagainya.
  Perbezaan antara keperluan dan kehendak:




   Hierarki Keperluan Maslow menunjukkan tahap keperluan manusia iaitu keperluan fisiologi, sosial, dan rohani.








        

   Pengeluaran ialah aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.Aktiviti yang tidak mendatangkan faedah tidak dianggap sebagai pengeluaran.Pengeluaran juga diertikan sebagai proses penciptaan nilai faedah.Nilai faedah disebut sebagai keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak manusia.Terdapat 4 jenis nilai faedah:
     Jenis pengeluaran terbahagi kepada dua iaitu pengeluaran langsung dan tak langsung.Pengeluaran langsung ialah individu memenuhi segala keperluan dan kehendak melalui usaha sendiri.Contohnya masyarakat sara diri dengan bercucuk tanam.Manakal pengeluaran tak langsung ialah manusia memenuhi keperluan dan kehendak dengan bergantung kepada pihak lain.Ini akan mewujudkan konsep pengkhususan dalam pengeluaran.
    Cabang pengeluaran- aktiviti pengeluaran boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama, iaitu: 
  • Perusahaan: usaha untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan mengubah bentuknya kepada separuh siap atau barang siap.Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu Industri ekstraktif meliputi segala usaha untuk mendapatkan(mengekstrak) sumber bahan mentah daripada bumi atau lautan.Contohnya pertanian,penternakan dan sebagainya.Industri pembinaan meliputi semua kerja membina atau memasang dengan menggunakan bahan mentah,barang separa siap atau barang siap.Contohnya pembinaan bangunan,jambatan, jalan raya dan memasang kenderaan.Industri perkilangan merupakan aktiviti memprosesbahan mentah daripada perusahaan ekstraktif menjadi barang separa siap atau barang siap.Ia juga dikenali sebagai industri sekunder.
  • Perdagangan: aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan.Perniagaan ialah aktiviti jual beli intuk mendapatkan keuntungan.Manakala bantuan perniagaan ialah aktiviti bagi melicinkan aktiviti perdagangan yang terdiri daripada perbankan,komunikasi dan sebagainya.
  • Khidmat terus: Meliputi semua perkhidmatan yang diberikan secara langsung atau terus oleh pengeluar kepada pengguna tanpa guna orang tengah.Contoh perkhidmatan doktor,guaman,guru dan lain-lain.
  Faktor pengeluaran-aktiviti pengeluaran merupakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan barang atau perkhidmatan.Faktor pengeluaran tersebut ialah tanah,buruh modal dan usahawan.

    Usahawan dan peniaga-Usahawan merupakan seorang yang memulakan sesuatau perniagaan atau perusahaan.Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan adalah kreatif, inovatif, berinisiatif, berani menanggung risiko dan sentiasa memandang kehadapan.Usahawan menerima ganjaran dalam bentuk keuntungan dan mengutamakan khidmatnya kepada masyarakat dan negara.Manakala peniaga pula menjalankan aktiviti jual beli bagi memperoleh keuntungan.Peniaga tidak mementingkan khidmat kepada masyarakat.  Ciri-ciri yang membezakan antara seorang usahawan dan seorang peniaga ialah:
  • Kreatif-Usahawan kreatif ialah usahawan yang sentiasa mempunyai idea baru bagi mencipta keluaran atau perkhidmatan baru.
  • Inovatif-Usahawan yang inovatif dapat mengubah suai barangan yang sedia ada kepada bentuk baru yang lebih baik dan berkualiti.
  • Berani menanggung risiko- Mestilah berani menghadapi cabaran dan rintangan serta dapat mengatasinya dengan cara yang paling bijak.Terdapat dua jenis risiko iaiturisiko yang boleh dikawal atau dihitung.Risiko ini boleh diinsurankan.Contohnya kecurian,kebakaran dan kemalangan.Risiko yang tidak boleh dikawal atau dihitung.risiko ini tidak boleh diinsurankan seperti pengurusan yang tidak cekap,muflis dan perubahan citarasa.
  • Berpandangan jauh-Membuat ramalan tentang perkembangan perniagaannya pada masa akan datang.
  • Bijak mengenal dan merebut peluang-mesti pandai mengenal peluang perniagaan dan akan cuba merebut peluang tersebut sebelum orang lain berbuat demikian.
  • Rajin dan gigih-Sentiasa bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Perbezaan antara usahawan dan peniaga


  Peranan usahawan 
  • Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
  • Mewujudkan peluang pekerjaan.
  • Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi.
  • Penemuan dan ciptaan baru.
  • Menaik taraf hidup masyarakat.

    Pengkhususan-bermaksud penumpuan sesuatu aktiviti kepada satu bidang tertentu mengikut kemahiran atau kebolehan masing-masing.   Kewujudan pengkhususan dalam pengeluaran-antara faktornya adalah:
  • Keperluan dan kehendak manusia yang semakin bertambah
  • Kemahiran dan kebolehan individu berbeza
  • Proses pengeluaran yang rumit
  • Iklim dan bentuk muka bumi.
  Jenis pengkhususan-terbahagi kepada 4 iaitu:
  • Pengkhususan mengikut profesion-individu akan mengkhusus dalam pekerjaan atau profesion mengikut kebolehan,kemahiran atau minatnya.
  • Pengkhususan mengikut proses- proses pengeluaran yang rumit di kilang telah dibahagikan kepada beberapa proses kecil.
  • Pengkhususan mengikut kawasan-Berlaku dalam sesebuah negara disebabkan perbezaan cuaca, bentuk muka bumi,tanah-tanih serta sumber alam.
  • Pengkhususan antarabangsa- Berlaku antara negara akibat perbezaan faktor seperti iklim,bentuk muka bumi dan tingkat teknologi.
  Kesan pengkhususan dalam pengeluaran

   Sistem barter-Merupakan urusniaga pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang.Sistem ini dilakukan pada awal perniagaan sebelum wujudnya mata wamg dalam urusniaga.Ia merupakan asas kepada sistem perniagaan moden.Sistem ini hanya wujud jika dua syarat dipenuhi iaitu:.
  • Mesti wujud kemahuan serentak antara kedua-dua belah pihak.
  • Mesti terdapat barang yang berlebihan yang hendak ditukarkan.
   Kelemahan sistem barter:
  • Masalah kemahuan serentak- Urusniaga hanya berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju membuat pertukaran dengan barang yang dikehendaki.
  • Masalah penentuan kadar pertukaran-Sukar untuk menilai barang dan kadar pertukaran sesuatu barang denagn barang yang lain.Ini disebabkan tidak ada nilai piawaian untuk mengukur nilai barang yang boelh digunakan.
  • Masalah pembahagian barang-Binatang seperti kambing dan lembu tidak boleh dibahagikan kepada unit yang kecil kerana akan menyebabkan binatang tersebut rosak atau mati.
  • Barang mudah rosak- Barang yang tidak tahan lama seperti sayuran dan buahan perlu ditukar dengan segera kerana bahan ini mudah rosak.
  • Masalah untuk membawa barang yang berat dan besar- Menjadi satu masalah yang besar apabila seseorang terpaksa membawa barang yang berat dan besar untuk mencari pembeli