Wednesday, 12 December 2012

CATATAN NOTA SPM

Motivasi SPM


Ya ALLAH ampuni dosaku, permudahkan urusanku. Ya ALLAH, lindungi aku dari segala penyakit mazmumah.

Aku mahu menulis panjang. Pesanan untuk adik-adikku yang akan menduduki peperiksaan SPM yang masanya tinggal sedikit sahaja lagi.

Sesungguhnya kita ini, orang Islam. Gemilanglah kita dengan Islam. Berjayalah kita dengan semangatnya.

Yakinlah setelah berusha dengan bertawakal kepada ALLAH yang akan membantu kita. Solatlah hajat, taubat banyak-banyak, agar ALLAH tunjukkan jalan kita. Yang penting jangan berputus asa. Berbisiklah pada diri sendiri. Katakan pada diri sendiri, Ya ALLAH, aku mahu berjaya dalam SPM ini. SPM ini adalah salah satu cara aku mengatur hidup masa depanku. Aku orang Islam ya ALLAH. Kuatkan lah semangatku.

Astagfirullahalazim, ucapkanlah selalu. Jika hati keras tidak terkesan dengan nasihat-nasihat dari orang yang menyayangi mu, maka ucapkanlah lailahaillah.

Ucapkanlah agar hati mu lembut.

Setelah engkau berbisik pada diri mu adik-adikku. Pastikan engkau kemas kini nota-nota pelajaran SPM mu. kemas kini nota-nota bermakna, jika nota tidak ada atau tidak lengkap, maka lengkapkannya. Pastikan chapter by chapter ada.

Seterusnya, ambillah satu kertas, tulislah berapa chapter yang ada pada satu subjek. Buatlah kotak untuk menandakannya. Kotak satu untuk pertama kali baca. Kotak kedua untuk kedua kali baca. Kotak ketiga peta minda. Kotak keempat soalan latihan belakang chapter dan kotak kelima soalan SPM yang berkaitan chapter tersebut. Tulislah. Barulah engkau sedar banyak nya yang aku tidak baca lagi. Tengoklah kalendar. Bandingkan dengan chapter-chapter yang ada. Maka berapa chapter sehari yang engkau perlu baca.
Adik-adik ku.

Jika engkau tidak faham apa yang engkau baca. Ambillah kertas, bahagikan kertas kecil-kecil. Tulislah kecil-kecil apa yang engkau baca. Moga ALLAH fahamkan engkau selepas ini.

Berusahalah dan jangan putus asa. Mulakan lah. Jangan takut. Ilmu itu satu nikmat. Bertanyalah jjika engkau tidak tahu.

SPM adalah satu perkara yang besar. Mahu tahu macam mana engkau di masa hadapan? Maka renungkanlah apa yang engkau buat sekarang. Bandingkanlah dengan orang yang berjaya. Adakah apa yang mereka buat sama dengan apa yang engkau buat? Atau apa yang engkau buat sama dengan orang-orang malas buat?

Jauhilah maksiat television. Maksiat internet. Fokuslah untuk seketika. Bukan lama. Sebulan lebih sahaja. InsyaALLAh, aku doakan engkau semua berjaya.

Ameen. Berusahalah. Berusahalah. Berusahalah. mana ada kejayaan tanpa usaha. Bekerja keras. Ingatlah ibu ayahmu mu. Bagaimana perasaannya, wajahnya yang sentiasa membela mu apabila engkau mendapat keputusan nanti? Renung2kan lah.

Agi Hidup Agi Ngelaban
Selagi Hidup Mesti Berjuang

Wallahualam….

Kenangan mujahadah spm ku 2013

No comments:

Post a Comment